Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, February 8, 2015

Selepas ini diharapkan tidak ada lagi pung-pang, bung-bang di luar gelanggang!

Sunday, February 8, 2015
Mesyuarat Pakatan Rakyat selesai dalam suasana membina
Oleh: Jebon
Tidak seperti digembar-gemburkan media arus perdana, berkemungkinan akan berlaku perang mulut  antara DAP dan PAS berhubung isu-isu yang berbangkit - pemimpin yang hadir - terutama dari ketiga-tiga parti tidak menimbulkan sebarang perkara yang membawa ketegangan.

Kehadiran Penasihat DAP Lim Kit Siang, Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang melengkapkan korum mesyuarat majlis presiden yang telah tidak bersidang sejak setahun lalu.

Mesyuarat kali ini disifatkan sebagai perbincangan ‘ringan’ dan lebih kepada meraikan Anwar yang mungkin meninggalkan mesyuarat-mesyuarat akan datang untuk tempoh lebih lima tahun jika disabitkan kesalahan dalam kes liwat pada 10 Februari ini.


Kesemua pemimpin bersetuju untuk tidak membincangkan agenda Hudud dan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan yang akan menukar mesyuarat menjadi medan bertikam lidah.

Seorang pemimpin tinggi parti yang hadir dalam mesyuarat itu berkata solusi yang dikeluarkan pada hujung pertemuan menetapkan isu Hudud dan pilihan raya PBT akan diperbincangkan dalam satu mesyuarat khas yang akan diadakan kelak.

“Keputusan mesyuarat ialah isu seperti Hudud dan pilihan raya PBT akan dibincangkan dalam satu mesyuarat lain dan sebuah jawatankuasa khas akan ditubuhkan menanganinya. Pakatan juga akan menganjurkan konvensyen pada Mei depan untuk menguatkan gabungan,” katanya.

Pujian wajar diberikan kepada perwakilan DAP dan PAS yang tidak  membuat bising sebagaimana yang mereka lakukan di media massa.

Konvensyen Khas Pakatan pada bulan Mei depan diharapkan akan memperkuatkan kembali Pakatan, terutama menjelang Muktamar Pemilihan PAS yang dijadualkan pada Jun.

Kongres itu penting bagi memberi isyarat kepada perwakilan PAS agar tidak memilih pemimpin yang anti Pakatan dan merenggangkan lagi hubungan antara puak ulama dan profesional dalam parti tersebut.

Posted by 

11 comments:

  1. pas nak laksana hudud pas..mereka kena dapat keizinan dari anwar dan lin guan eng dulu...
    hehe..sempoiii...
    namun sampai sekarang belum ada izin dari rakan2 pakatan mereka,sejak zaman karpal singh hidup sampai skrg.. dan x sekali pun pas pernah hukum kafirkan rakan pakatan mereka yg muslim..seperti mana mereka garang dgn muslim lain tapi yg bukan dari pakatan mereka..
    kan sempoi tu..
    ruginya kalo serius kat ahli politik..padahal ini sume hiburan jenaka haha...mereka berlawak watpe sambut ngan keseriusan...
    mereka sempoii....hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku masih tertunggu-tunggu hudud tajaan umno parti yang didokong oleh arwah datuk beberapa lama dulu. Namun hingga kini tak kunjung tiba.

      Delete
  2. PAS perlu berubah banyak baca2 kenbang pemikiran ekonomi dan jaga kebajikan rakyat.

    PAS perlu ada penasihat ekonomi baik Anwar atau Guan Eng tuk maju kan Kelantan.

    Apa lah kekuatan politik tanpa kekuatan ekonomi. Melayu akan jadi Indon saja jika tiada kekuatan ekonomi.

    Hanya barua barua bangsawan saja ber kembang jumlah tapi kampong ter gadai.

    Orang orang Melayu saja.

    ReplyDelete
  3. Anon 10.15, gua sokong sama lu, Melayu lagi takut sama itu Cina (kafir) drp Allah. lagi satu, bila Melayu sama Cina ada gaduh, itu lagi satu Melayu dlm PR sokong Cina.
    Ayo...ini macam Melayu ada ka?

    ReplyDelete
  4. tapi kan ada segerombolan anjing2 macai masih menyalak & mengigit rakan pr parti PAS kan kan kan ........cuba pi tgk blog depa, depa ni boleh jadi duri dlm daging !

    ReplyDelete
  5. Habis tu Umngok printah mlysia ni lbh 50thun habuk psal hudud xde sdangkn mreka adlh krjaan yg mmrintah...

    ReplyDelete
  6. Yang tak tentu pegangan yang datang dari Marang ...pastikan dia amanah dan setia pada janji dan keputusan.

    ReplyDelete
  7. Tulis panadai tapi tidak guna akal.Apakah hukum hudud hanya bolih diluluskan oleh Anwar dan lim shaja?.Apa kuasa yang ada pada mereka.Bukankah Hukum tersebut perlu diluluskan oleh Parlimen?Bodohnya kau,kalau dalam diri tu ada perasaan dendam,buanglah jauh2,bersihkan diri.Istiqfar banyak2.Agar menjadi ahli Pas yang sejati

    ReplyDelete
  8. Dan dengan "berkat" keberanian LGE pergi himpit dekat Hj Hadi dlm mesyuarat tu, dibantu pulak oleh al jubb dan di saiko tambah oleh puak2 anwarinas sebagai ahli DPP, maka Hj Hadi disamping akan berhenti dari nak laksana hudud, akan turut bersetuju untuk mengkaji persetujuan membenarkan DAP laksanakan pilihanraya PBT... kan ke jual maruah dan jual agama namanya tu... sempoi...

    ReplyDelete
  9. itu baru bunga....
    -namun samada anwar dan lim bagi izin atau tak izin..kena jugak mintak izin manusia2 termasuk penyembah berhala di parlimen...
    hehe....kan sempoii tu..
    aku x ngundi..umno sape?haha..ko zikir la umno ikut suka ko hehe

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa