Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, February 12, 2015

Hehee.....ada sesiapa yang menentang?

Elaun ADUN Johor naik 80 peratus
February 12, 2015
Kenaikan sebanyak RM4,000 itu adalah selaras dengan Gred 54, berkuatkuasa 1 Jan tahun ini.
Datuk Seri Mohamed Khaled NordinNUSAJAYA : Kerajaan negeri Johor telah meluluskan kenaikan elaun bulanan sebanyak 80 peratus bagi semua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri itu daripada RM5,000 kepada RM9,000, kata Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Menurut Khaled, kenaikan sebanyak RM4,000 itu adalah selaras dengan Gred 54, berkuatkuasa mulai 1 Jan tahun ini, lapor mStar hari ini..
Katanya, kali terakhir elaun ADUN di negeri itu disemak semula pada 2009.
“Sudah tiba masanya elaun dinaikkan sebagai satu pengiktirafan kepada kerja keras dan dedikasi mereka,” katanya ketika pembukaan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.
Usul yang dibentangkan Khaled itu disokong oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Usahawan dan Koperasi negeri, Md Jais Sarday.
Usul itu mendapat sokongan majoriti wakil rakyat pada persidangan ketiga DUN Johor ke-13 di Kota Iskandar di sini.

1 comment:

  1. Rembat jangan tak rembat, demi kesenangan dan kemewahan adun terutama yg dari BN itu, seluruh rakyat Negeri Johor sanggup ikat perut. Ini bagi membolehkan adun2 itu membeli hartanah jutaan ringgit, kami rakyat menghuni gobok usang pun tidak mengapa. Hidup Melayu.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa