MP DAP pula jadi batu api!
DAP sedia bantu MCA lapor polis
mk - 7:55PM - 12 Feb 2015
MP DAP, Lim Lip Eng berkata beliau sedia membantu presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai untuk membuat laporan polis ke atas menteri Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas dakwaan “memalsukan” kenyataan media.
Lim memuatkan kenyataannya itu di Twitter dengan menujukannya kepada Liow, Ismail dan juga Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Bercakap kepada Malaysiakini selepas itu, Lim yang juga seorang peguam berkata tindakan Ismail itu merupakan kesalahan serius.
Perkara itu sepatutnya disiasat mengikut Seksyen 464 dan 471 Kanun Keseksaan kerana membuat dokumen palsu atau memalsukan dokumen.
Apatah lagi, kes itu melibatkan dua orang menteri kabinet yang tidak boleh diabaikan.
“Jika Liow menafikan (mengetahui mengenai kenyataan itu), perkara yang patut dilakukan olehnya adalah menuntut siasatan. Beliau patut buat laporan polis.
“Saya tawarkan khidmat saya secara percuma (bona fide) untuk mengiringi beliau ke mana-mana balai polis untuk menyiasat perkara ini.
Lim juga menuntut agar Khalid, yang menurutnya gemar mengeluarkan arahan kepada pegawai polis di Twitter, untuk mengulas isu tersebut.
Tak tau la menteri kebenet Najib nie nak jadi apa lepas seorang menteri buat kenyataan bodoh seorang pula buat hal dahlah hal diri Najib sendiri pun macam-macam hal dipersoalkan oleh pengundi dan bukan pengundi ditambah lagi masaalha negara yang belum selesai datang pula mangsa MH370 dari negara cina nak tanya hal yang diumumkan tempoh hari tu agaknya depa tak tau kot yang kapal terebang tu dah ghaib marilah kita sama berdo'a agar dipermudahkan dan Najib sepatutnya mau dengar pandangan rakyat bawahan yang tidak perkepentingan hidup tu bukannya beri perhatian pada kes Saiful yang tak tentu haluan hidup tu.Ahli UMNO bawahan ini dah muak dah dengan perangai dua tiga orang menteri yang tak tau nak buat kereja tu buang sajalah dalam kebenet buat menyemak kerusi saja.
ReplyDeleteNik Aziz sudah meninggal. Al Fathihah
ReplyDeleteSalam takziah pada waris , isteri dan anak2.
Nik Aziz tak menongkat dunia pun sudah meninggal dunia , Mahathir & Najib bila pula nak taubat ???
Taubat dalam kubor ???? Elok juga...
AL-FATIHAH, Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah kembali ke rahmatullah pada jam 9:40 malam tadi. Amiin.
ReplyDeleteSaja nak tanya, lima orang hakim mahkamah persekutuan dan peguam pendakwa yg berkenaan itu masih sihat lagikah? Bukannya apa cuma terkenang pula pd Augustin Paul, Arifin Jaka dan Mokhtar Abdullah waktu dinihari nih.
ReplyDelete