Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, February 10, 2015

Imej buruk Najib: Salah siapa?

Najib hanya boleh menyalahkan diri sendiri atas imej buruknya
08:30PM Feb 09 2015
KOMENPerdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, telah melakukan ‘faux pas’ terbaru, melalui pengumuman yang beliau telah memberikan sumbangan sebanyak RM2 juta kepada Persatuan Golf Malaysia, bagi mempromosikan golf di peringkat sekolah. Beliau juga menjanjikan lebih banyak sumbangan dan berkata yang golf tidak seharusnya menjadi sukan elit, tetapi harus dinikmati lebih ramai rakyat Malaysia.
"Derma" Najib hanya mencurah garam ke luka, kepada beratus-ratus ribu orang yang menderita, dan masih menderita, akibat banjir terburuk Malaysia. Jika beliau fikir dia boleh memperbaiki imejnya dan melibatkan diri dalam langkah menghadkan kerosakan selepas skandal sesi golf beliau dengan Presiden Obama Disember lalu, maka dia salah. 
Dalam kejadian itu, Najib telah dirakamkan bersantai dengan pemimpin Amerika itu, di sebuah lapangan golf Hawaii, semasa rakyat Malaysia bergelut menghadapi banjir paling teruk yang dialami negara ini selama beberapa dekad. Kecaman awam di laman media sosial, yang akhirnya memaksa dia kembali dan menangani darurat itu. Namun itu bukan penamat kesesakannya. Lebih banyak persoalan timbul mengenai jet kerajaan Malaysia yang telah digunakan untuk membawanya ke sana ke mari. Ia telah dikesan di pelbagai lokasi di seluruh dunia. Jet itu akhirnya terbang ke Bangkok, kononnya ditetapkan masa untuk menerbangkan Najib pulang, selepas lawatan kebetulan mengunjungi Perdana Menteri Thailand. Kebetulan sahaja!
Persoalan yang kini ditanya:
  • Beberapa mangsa banjir kini tinggal di khemah-khemah. Bukankah RM2 juta ini sepatutnya digunakan untuk membina rumah bagi mereka?
  • Golf akan sentiasa dianggap sebagai sukan elit, melainkan jika Najib membina lebih banyak padang-padang golf. Adakah terdapat mana-mana padang golf awam di Malaysia?
  • Apakah ini sumbangan peribadi Najib, atau dia menggunakan wang pembayar cukai untuk memulihkan reputasinya, selepas kejadian diplomasi golf yang memalukan, Disember lepas?
  • Bagaimana dengan peralatan golf dan tuisyen? Ia bukannya murah.
Seorang petani tempatan di Langkawi berkata, "Kebanyakan tanah yang berguna di pulau itu telah ditukar menjadi padang golf. Kami memerlukan tanah untuk penanaman, bukan untuk percutian orang-orang kaya.
"Banyak komuniti berpagar dibina di sekitar padang golf. Tidak ada cara bagi Najib mengelakkan imej elit yang dikaitkan dengan golf. Bagaimana dengan tanah murah dan rumah mampu milik?
Selain daripada sumbangan golfnya, ada sebab-sebab lain mengapa ramai orang, termasuk ahli partinya sendiri, tidak gemarkan Najib. Beliau dilihat sebagai seorang pemimpin yang lemah, yang takut untuk mengambil tindakan tegas terhadap menteri-menteri yang tidak bertanggungjawab. Beberapa tahun yang lalu, beliau menunjukkan kelemahannya, apabila seorang menteri, yang telah terlibat dalam skandal National Feedlot Corporation (NFC), enggan meletak jawatan. Sekitar RM250 juta wang pembayar cukai telah disalahgunakan, dikatakan untuk kepentingan peribadi. Baru-baru ini, beliau enggan memecat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, yang membuat komen perkauman tentang pemulauan peniaga-peniaga Cina, yang mengenakan harga yang tinggi.
Seperti yang telah ditunjukkan, dakwaan pembaharuan Najib, yang dia lakukan setelah beliau berkuasa, kini hanya terbukti sebagai gimik dan reaksi spontan bertujuan untuk mengalihkan perhatian rakyat dari ancaman sebenar penipuan pilihan raya. Najib mahu menang tidak kira caranya, walaupun ia bermakna menggunakan kaedah yang licik. Langkah persempadanan semula terkini adalah satu langkah seperti itu. Nampaknya dia sedang membuat sedang bermula awal untuk cuba mendapatkan kemenangan dalam PRU14. 
Najib hanya mempunyai dirinya sendiri untuk dipersalahkan, kerana menjadi Perdana Menteri yang paling kurang popular di Malaysia.

2 comments:

  1. Salah diri sendiri & bini.... Bukan salah ibu mengandung, bukan salah bapa x pakai sarung....

    ReplyDelete
  2. Mana ada tanggung jawab punya manusia melantak harta rakyat tuk kaya ber gaya.

    Standard cara Barua tinggal di pekan , orang miskin di kampong.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa