GAZA: Hatem hanya berusia 14 tahun, tetapi telah menempuh tiga kali peperangan akibat diserang tentera yahudi dari rejim Israel.
Bagaimanapun, remaja itu kini bersedia untuk mempertahankan tanah airnya selepas mendapat latihan daripada Briged al-Qassam - sayap bersenjata pergerakan Hamas.
"Israel telah membunuh saudara saya pada tahun lalu. Sekarang saya pula akan membunuh mereka.
"Saya kini telah bersedia untuk menjadi pejuang dan menentang mereka," kata anak muda itu penuh semangat ketika majlis tamat latihan di kem latihan Briged al-Qassam.
Hatem merupakan sebahagian daripada 17,000 remaja yang mengikuti latihan ketenteraan daripada Briged al-Qassam sebagai persediaan melahirkan generasi muda dalam mempertahankan Palestin.
Pada tahun lalu, rejim Israel memulakan serangan terhadap Palestin sehingga mengorbankan 2,200 rakyat negara itu.
Dalam konflik ketiga sepanjang lima tahun itu, Briged al-Qassam berjaya melakukan serangan balas menggunakan senjata buatan sendiri.
Serangan balas demi mempertahankan Palestin itu berjaya menundukan ego pemimpin dan tentera yahudi sekaligus memberikan kebebasan kepada masyarakat Islam di Palestin. - sumber
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa