Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, February 9, 2015

'Kalau Anwar tak salah, terima sajalah'

mk - 12:57PM - 9 Feb 2015

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meminta supaya orang ramai supaya menerima apa jua keputusan berhubung kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jelas Mahathir, dalam sebuah negara yang mempunyai undang-undang, sebarang keputusan yang dibuat mahkamah perlu diterima sama ada ketua pembangkang itu dibebaskan atau sebaliknya.

"Rakyat mesti terima (sebarang keputusan). Negara ini ditadbir dengan undang-undang.

“Kalau mahkamah berpendapat dia (Anwar) tak salah, kita terima sahajalah.

"Jangan ada orang kata nanti, kalau orang besar buat salah, tak  apa (dibebaskan)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita berhubung nasihatnya kepada orang ramai yang akan ke Istana Kehakiman esok. 

3 comments:

  1. mamak juga seorang konspirator ? ABU !

    ReplyDelete
  2. Tanda tanda Anwar Ibrahim akan bebas sudah jelas...

    Jika Maha Firaoun jugak mengaku kalah pada Kekuasaan Allah SWT , budak Pekan senyap saja.

    Kesian Altantuya dan ZZ lepas kejar2 di Pee Dee.

    ReplyDelete
  3. Ambil perhatian !

    Bila mamak atau mamak - mamak bersuara pastinya ada ma'na.



    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa