Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, February 11, 2015

Pendedahan mengejutkan berkenaan Pemimpin utama IS

Pemimpin utama IS adalah ejen Mossad
Baru-baru ini sebuah portal online Perancis pernah membuat pendedahan yang mengejutkan ramai pihak apabila mendakwa pemimpin utama IS, Abu Bakr Al-Baghdadi sebenarnya adalah seorang agen perisikan Israel Mossad.

Banyak pihak termasuk di dunia Arab dilaporkan terkejut dengan pendedahan tersebut apabila diketahui identiti sebenar Al-Baghdadi ialah seorang Yahudi yang dikenali sebagai Elliot Shimon.

Shimon atau Al-Baghdadi dilaporkan mendapat latihan perang psikologi di Israel dan diserap menyertai agensi perisikan Mossad selain turut menjalin kerjasama erat dengan perkhidmatan rahsia Amerika Syarikat.

Menurut portal itu lagi, Al-Baghdadi telah ditugaskan menjayakan perancangan sulit agensi perisikan rahsia Amerika, British dan Israel untuk mewujudkan sebuah organisasi (‘Negara Islam’ atau IS) yang berupaya menarik perhatian pelampau dan pengganas dari seluruh dunia.

Serentak dengan perancangan itu Shimon melalui organisasi IS yang diketuainya akan berperanan mempengaruhi hati nurani rakyat awam di negara-negara yang dianggap boleh mengancam Israel seterusnya memusnahkannya dari dalam.

Portal yang sama turut memetik sumber lain yang mengesahkan Al-Baghdadi adalah agen risikan Israel yang turut memakai nama palsu Ibrahim ibn Awad ibn Ibrahim Al Al Badri Arradoui Hoseini.

Hal ini mengingatkan penulis kepada watak Mandarin dalam Iron Man 3. Mandarin adalah seorang pelakon yang diupah untuk memainkan peranan sebagai pengganas antarabangsa. Bersama-sama dengan konco-konconya dia telah merakamkan beberapa siri pembunuhan yang dilakukannya dalam bentuk video. Rakaman itu dilakukan di studio tertutup. Video tersebut disebarkan ke seluruh dunia menerusi media-media perdana. (realiti dunia media perdana - mereka hanya merujuk kepada berita dari Eropah dan Amerika seperti BBC, CNN dll)

Tahukah anda bahawa sebahagian daripada rakyat Amerika dan Eropah sendiri sebenarnya tidak mempercayai bahawa al-Qaeda dan IS itu adalah Islam. Hal ini bermula sejak terjadinya insiden 9/11, apabila 'nashkah' al-Qaeda yang diciptakan Mossad-CIA gagal menimbulkan kebencian terhadap Islam diseluruh dunia. - sumber

# Sama ada perkara ini benar atau tidak wallahu aklam. Bacalah sebagai bahan santai

4 comments:

  1. ada kemungkinan perkara itu BENAR

    Jika kita singkap kembali sejarah Prsdn.Mesir Jamal Abd Nasir yg memenagi peperangan 1973 dgn Israel ada lah Agent Yahudi generasi ke tiga dari rakyat Arab...

    Kemengan peperangan itu hanya lah sandiwara mereka agar kelihatan Jmal Abd Nasir sebagai Hero rakyat Arab...

    Cer buka bailk sejarah nya.

    ReplyDelete
  2. Tuan Admin
    Prkara yang berlaku masa kini amat melletihkan minda dan fizikal kita.
    Cuacs pun sejuk smacam jer. Agaknya fenomena sejuk akan berulang kot...
    Banjir kat Indon lumpuhkan Jakarta. Salji kat US dengar nya ekstrim.
    Ntah apa petandanya....banyak rahsia tak terungkap....letihnya mncari...lagi di cari lagi tersembunyi.....

    ReplyDelete
  3. Oh Rozana

    kota Dhaka ini berjarak seribu kilo dari matamu
    tapi tak secenti pun pernah kau tempuh aku
    dari angan-anganmu
    mengenai bisjut & royi semalam
    Oh Rozana

    di sini ada pikiran mengenai bisjut & royi,
    gedung-gedung bisjut & royi, senyuman jejaka bangla
    dan bintang jatuh kunikmati sendiri di taman kosong

    Oh Rozana

    waktu membeli bisjut
    di tampah tua milik
    ibu di kota Dhaka

    juga cinta, ia memberiku satu ketul bisjut, tiga ketul royi

    biarkan aku simpan bisjut & royi
    dusta dan mimpi-mimpi di bawah bantal
    biar kubawa dalam tidur
    Bersama kenangan menjamah bisjut & royi

    Nak bisjut?

    ReplyDelete
  4. ya!memang meletihkan bila memikirkan,tak yah jengok kat luar jendela(luar negara) dalam rumah sendiri pun pening kepala.dah jadi rojak pasebor dah.kita tunggu ja bala apa dari ALLAH akan datangkan kepada kita.letih,letih!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa