Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, February 13, 2015

Reaksi terhadap PMO yang menyibuk!

Pejabat PM tiada hak isytihar kehakiman bebas, kata peguam
OLEH V. ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA
Published: 12 February 2015 8:13 PM
Badan kehakiman Malaysia tidak memerlukan respons pantas Putrajaya apabila keputusan kes Liwat 2 diumumkan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Februari, 2015.

Tiada janji daripada Putrajaya akan meningkatkan imej institusi kehakiman sebagai sebuah badan bebas dan keyakinan terhadap institusi keadilan mesti datang daripada orang ramai dan tuntutan guaman, kata segelintir peguam.
Para peguam yang mengulas respons pantas Pejabat Perdana Menteri terhadap keputusan bersalah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa dan berkata, ia adalah luar biasa dan tidak diperlukan.
Lebih-lebih lagi apabila kenyataan itu cuba mempertahankan badan kehakiman dengan mengatakan ia adalah bebas dan barisan hakim "mencapai keputusan mereka hanya selepas menimbangkan keterangan dengan cara yang seimbang dan objektif".
Peguam Amer Hamzah Arshad berkata tidak ada keperluan untuk Pejabat Perdana Menteri berbuat demikian walaupun rayuan Anwar dianggap sebagai kes berprofil tinggi yang menarik perhatian antarabangsa.
"Tidak ada kenyataan dikeluarkan apabila Mahkamah Persekutuan menolak kebenaran permohonan Gereja Katolik untuk membuat rayuan terhadap hak untuk menggunakan kalimah Allah dalam akhbar mingguannya," kata Amer kepada The Malaysian Insider.
Katanya, tidak ada tindak balas daripada Putrajaya bulan lepas apabila Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan kerajaan dan menjatuhkan hukuman mati terhadap bekas dua komando polis ke atas pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Amer berkata, satu-satunya cara institusi kehakiman boleh menegaskan ia adalah pengadil yang bebas adalah menjalankan perbicaraan atau rayuan yang akhirnya digambarkan dengan baik dalam penghakimannya.
Beliau berkata, sejak mahkamah mengambil lapan hari untuk mendengar rayuan kes liwat Anwar dan lebih kurang daripada dua bulan untuk menyampaikan keputusan, kesemua lima hakim harus menulis penghakiman yang berasingan.
"Tidak ada yang salah untuk datang ke ketetapan sebulat suara tetapi orang ramai ingin tahu pemikiran para hakim yang mendengar rayuan itu," katanya.
Peguam, R. Kengatharan berkata, beliau juga bingung mengapa perlunya Putrajaya menyampaikan satu kenyataan sebaik sahaja pemimpin pembangkang itu dijatuhkan hukuman.
"Apabila pesawat MAS (MH370) hilang dan yang satu lagi (MH17) ditembak jatuh, respons yang rasmi datang kemudian harinya," katanya.
Kengatharan berkata, setiap rakyat akan menganggap badan kehakiman adalah bebas tetapi jika mereka mahu membuat rumusan lain, itu adalah persepsi awam.
Beliau juga mempersoalkan sama ada kenyataan itu dibuat selepas berunding dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan sama ada beliau menyokongnya.
Kengatharan berkata kenyataan Pejabat Perdana Menteri boleh dikira menghina mahkamah kerana ia dibuat sebelum proses kehakiman untuk menentukan ukuran hukuman bagi Anwar diberikan.
Peguam S.N. Nair berkata kenyataan itu tidak wajar kerana tiada negara luar mengutuk bahawa keputusan atau kehakiman.
"Kenapa ada reaksi spontan bagi kes ini?" soalnya.
Beliau berkata walaupun penghakiman itu dikritik, ia adalah untuk institusi kehakiman untuk mempertahankannya tanpa rasa takut dan pilih kasih.
"Tetapi akhirnya, ia tentang orang awam dan mahkamah yang harus menyokong sama ada badan kehakiman Malaysia boleh dipercayai dan bebas dalam membuat keputusan," katanya.
Tindak balas pantas Pejabat Perdana Menteri dalam keputusan bersalah Anwar adalah mengejutkan, disampaikan hanya beberapa minit selepas Mahkamah Persekutuan mengumumkan keputusannya.
Anwar dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat di Istana Kehakiman di Putrajaya juga membangkitkan perkara ini di hadapan panel hakim pada hari Selasa.
Sehubungan dengan itu, Pejabat Perdana Menteri berkata ia menyediakan kenyataan awal mengulas hasil keputusan tersebut: sabitan atau pembebasan, sambil menambah Putrajaya tidak mengetahui keputusan Mahkamah Persekutuan untuk mensabitkan ketua pembangkang itu sebelum diumumkan.
Pada hari Selasa, lima hakim Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Anwar terhadap sabitan liwat dengan bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Panel yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, kemudian mengesahkan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan Mahkamah Rayuan pada tahun lepas. – 12 Februari, 2015.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa