Diterbitkan: Khamis, 12 Februari 2015 10:21 PM
Oleh: NORFATIMAH AHMAD
Suasana di rumah Allahyarham Nik Abdul Aziz sebaik sahaja berita kematiannya disahkan
PETALING JAYA: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menghembuskan nafas terakhirnya sebaik dibawa pulang ke kediamannya di Pulau Melaka, Kelantan kira-kira pukul 9.40 malam pada Khamis.
Perkara itu disahkan anaknya, Nik Mohamad Abduh menerusi laman Facebooknya.
"Dengan izin tuhannya, para malaikat datang menyempurnakan tugas mengiringi roh ayahanda menuju penciptanya tepat jam 9.40 pada malam Jumaat yang agung," katanya.
Ambulans membawa Nik Abdul Aziz tiba di perkarangan rumahnya
Solat jenazah akan diadakan pada pukul 10 pagi, Jumaat di Masjid Tok Guru, Pulau Melaka.
Beberapa jam lalu, Ahli Parlimen Pasir Mas itu memaklumkan tahap kesihatan ayahnya menurun selepas menjalani rawatan ulser pada Rabu.
Bekas Menteri Besar Kelantan itu sepatutnya dibenarkan pulang ke kediamannya pada Jumaat, bagaimanapun mendapat kebenaran doktor untuk pulang lebih awal.
Pemimpin PAS dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian pada 19 Januari lalu apabila kesihatannya merosot selepas kejadian banjir yang melanda negeri itu baru-baru ini, selain menghidap kanser prostat.
Nik Abdul Aziz, 84, merupakan menteri besar Kelantan kelima yang memegang jawatan dari 1990 hingga 2013.
Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat meninggal dunia
Astro Awani |Kemas kini:Februari 12, 2015
(Diterbitkan pada: Februari 12, 2015 22:10 MYT)
(Diterbitkan pada: Februari 12, 2015 22:10 MYT)
KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia pada jam 9.40 malam tadi di kediamannya di Kampung Pulau Melaka, Kota Baharu, Kelantan.
Solat jenazah akan diadakan pada jam 10 pagi esok di Masjid Tok Guru di Pulau Melaka.
Anak Allahyarham, Nik Mohamad Abduh dalam satu kenyataan pada petang tadi memaklumkan tahap kesihatan ayahnya menurun selepas menjalani rawatan pada ulsernya, pada Rabu dan doktor ketika itu sedang berusaha untuk menstabilkan keadaannya.
"Doakan semoga ayahanda sihat kembali," tulisnya dalam kenyataan itu.
Allahyarham dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam.
Allahyarham telah mendirikan rumahtangga dengan Tuan Sabariah binti Tuan Ishak. Hasil perkahwinan tersebut mereka telah dikurniakan 10 orang anak, lima lelaki dan lima perempuan.
Hidup beliau sangat sederhana meski bergelar Menteri Besar selama 23 tahun. Umum mengetahui, Allahyarham dan keluarganya tinggal di sebuah rumah kayu binaan kampung.
Allahyarham dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian pada 1 Januari lepas kerana mengidap kanser prostat
- Alfatihah

Al-Fatihah buat Allahyarham, semoga Allah membalas jasa dan bakti Almarhum. Kehilangan besar Ulamak Tersohor
ReplyDelete1931-2015.
Kenangi jasa baik dan amalkanlah peningagalan ajaran baik dari arwah semoga jasa dan amalan yang baik itu dapat kesinambungan manfaat kerana tok tidak meninggalkan harta kepada kita tapi ajaran dari ilmunya diturunkan untuk amalan kita demi menjaga pelajarnya dari sesat dipersimpangan hidup didunia fana ini,semoga roh tok guru ditempatkan dengan para para ulamak solihin amin ya Robbul'alamin.Al-Fatihah!!!!!!!!
ReplyDeleteAl-Fatihah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas almarhum.
ReplyDeleteNik Aziz sudah tiada , datang dan pergi.
ReplyDeleteNik Hardy Nik All-Wang masih menongkat langit mensnti Bentley , dan Tan Sri ke jawatan TPM....
Dunya Dunya