Ini ada puing-puing rumah sepupu aku di Kampong Pasir Jering, Chenulang, Kuala Krai, Kelantan.
Dah lebih sebulan dia dan anak beranaknya tinggal dalam Khemah yang diberikan oleh sebuah NGO dari Negeri Sembilan
Begitu juga dengan bantuan pakaian dan keperluan dapur. Semuanya dari NGO yang sudah empat kali masuk ke kampung itu menhulurkan bantuan.
Yang pelik bin ajaibnya mereka tidak pernah sekali pun mendapat bantuan dari kerajaan. Baik kerajaan pusat mau pun kerajaan negeri. Jadi ke manakah duit yang kononnya yang berjuta-juta itu?
Orang-orang TEKUN yang datang nak kutip hutang tu adalah.......!
Gambar di bawah ni pula keadaan di Kampong Kebun Pisang sebelum Kg. Pasir Jering
yang juga tidak mendapat apa-apa bantuan kerajaan sehingga kini kecuali NGO
Mereka duduk di dalam khemah yang diberikan oleh Mydin
Mereka ini kata yang mereka dah empat kali mengisi borang bantuan kerajaan tetapi sehingga ini status permohonan itu masih tak tahu.........itulah nasib orang kampung!
Cuma aku agak terkilan kerana duit yang aku sediakan untuk derma tidak mencukupi sebagaimana jumlah yang dihajatkan kerana jumlah keluarga di situ melebihi dari jangkaan ku
Memang letih la syeikh kalau menengokkan keadaan disana sekarang.
ReplyDeleteSakit hati kita memandang, tuan rumah apatah lagi.
Sebab itulah kumpulan kami lebih selesa sama-sama terus ke sana tak mahu disalurkan kepada mana-mana pihak. Kami cari sendiri mereka yg benar-benar memerlukan. Yg sedihnya jeep kami pun ditahan ada yg nak minta tampal sticker. Kami enggan sehingga menimbulkan sedikit masalah. Kenapa jadi begitu? Ini sumbangan kami ramai-ramai utk org susah tak payah nak menaikkan nama org yg mereka sanjung itu.
ReplyDeleteDari 8/9 kali group suami kakak pergi macam-macam dah kami nampak. Sedih!
inalillah ...begitulah kira-kiranya bila ada janji mahu bantu tapi janji tah kemana ? ABU & jangan lupa geng pro 'UG' sampai mati !
ReplyDelete