Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, March 19, 2016

Berita yang tidak memeranjatkan.......

Setiausaha bahagian kementerian ditahan rasuah RM20j

 | March 19, 2016
Penahanan dibuat selepas jenayah rasuah oleh pegawai kanan terbabit menerusi sindiket menyebabkan kerajaan kerugian sehingga RM100 juta
Azam-Baki_sprm_handcuff_600
PUTRAJAYA: Seorang setiausaha bahagian di sebuah kementerian penting ditahan, semalam selepas terbabit rasuah yang menyebabkan kerajaan kerugian sehingga 100 juta.
Pengarah Bahagian Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohd Azam Baki, berkata pegawai kerajaan itu direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.
“Sehingga kini, seramai sembilan anggota sindiket ditangkap yang mana terdiri daripada lapan lelaki dan seorang wanita.
“Salah seorang yang ditangkap merupakan pegawai kanan di kementerian berkenaan berjawatan Setiausaha Bahagian dan merupakan ‘master mind’ dalam sindiket ini dan lapan lagi itu merupakan kontraktor yang terlibat.
“Tangkapan ini dibuat selepas SPRM menjalankan Ops Tiris pada 17 Mac lalu,” katanya dalam satu sidang media di SPRM di sini.
Menurut Azam, kesemua yang ditahan itu berusia antara 25 hingga 56 tahun dan ditahan di sekitar Lembah Klang.
Mengulas lanjut, SPRM menjalankan siasatan kegiatan sindiket ini sejak tahun 2010 lagi dan dianggarkan pegawai kanan itu menerima suapan mencecah RM20 juta.
“Pegawai kanan ini telah menerima habuan-habuan daripada pihak kontraktor antaranya rumah, kereta-kereta mewah, pembayaran insuran, unit amanah bernilai jutaan ringgit, penggunaan kemudahan kad kredit dan pengubahsuaian rumah.
“Pegawai kanan ini hidup mewah sehingga mampu membeli jam-jam tangan berjenama, yang satunya daripada mencecah harga tidak kurang daripada RM400,000, barang-barang kemas bernilai RM600,000, ‘Beddings’ bernilai RM300,000, lukisan bernilai lebih RM60,000, berpuluh-puluh beg tangan berjenama berharga RM400,000 dan pakaian-pakaian berjenama.
“Selain itu dia sering ke luar negara bersama keluarga hingga mampu menggunakan penerbangan ‘First Class’ setiap seorang,” katanya.
Dalam pada itu, Azam berkata, pegawai kanan itu akan disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 dan juga kesalahan penggubahan wang haram mengikut Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
“Siasatan juga tertumpu kepada bagaimana beliau hidup terlalu mewah. Siasatan akan memanggil saksi-saksi terutamanya daripada kementerian terbabit.
“SPRM akan melihat sistem dan prosedur kementerian yang menyebabkan berlakunya ketirisan dana sehingga menyebabkan kerugian kepada kerajaan,” katanya.

2 comments:

  1. Ada berani tegur lge? Ckp jer berprinsip...at the end..telur.dlm gengaman dap..carik mkn carik mkn jua...agama jgnla tergadai...klu kene kt pas...mak aiii....mcm2 nk dispin...kene paymaster sendiri...kecut.x bersuara...bila kata balaci@macai...tau x suka...pelik dunia

    ReplyDelete
  2. tegur apa? pasik betul

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa