Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, March 21, 2016

Helikopter tentera Indonesia pula terhempas, 13 anggota terkorban

Helikopter tentera Indonesia terhempas disambar petir, 13 anggota terkorban
Helikopter tentera Indonesia terhempas disambar petir, 13 anggota terkorban
Pesawat malang itu dilaporkan berlepas dari Desa Watutau, Daerah Lore Piore di Poso pada pukul 5.20 petang.
JAKARTA: Sebuah helikopter milik Tentera Nasional Indonesia Angkatan Darat (TNI AD) yang membawa 13 anggota tentera terhempas dipercayai akibat disambar petir di Poso, Sulawesi Tengah lewat petang tadi.

Kesemua 13 anggota termasuk pilot disahkan terkorban.

Menurut siaran televisyen tempatan, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 6 petang waktu tempatan ketika pesawat berkenaan sedang melakukan operasi khas.

Jurucakap Bahagian Penerangan Tentera, Made Sutia dipetik sebagai berkata, pesawat malang itu dilaporkan berlepas dari Desa Watutau, Daerah Lore Piore di Poso pada pukul 5.20 petang.

Katanya, ketika kejadian cuaca dilaporkan buruk dan setelah kira-kira 30 minit di angkasa, pesawat malang itu dikatakan disambar petir sebelum terhempas di kawasan perkebunan di Kasiguncu, Poso Pesisir Selatan, Poso.

Kesemua mangsa ditemui mati dalam helikopter jenis 412 EP yang terbakar itu.
Mayat-mayat dibawa ke hospital di Palu.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa