Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, March 21, 2016

PAS hipokrit

Kerjasama dengan IKATAN dedah sikap hipokrit PAS

 | March 21, 2016
PAS ketika masih dalam Pakatan Rakyat sanggup berpecah dengan DAP dan segelintir bekas pimpinan parti sendiri yang berpendirian hudud tidak sesuai dilaksanakan.
VIDEO INSIDE
zairil,hudud
KUALA LUMPUR: PAS didakwa bersikap hipokrit apabila boleh bekerjasama dengan IKATAN yang tidak setuju dengan pelaksanaan hudud buat masa ini.
Penolong Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan Zairil Khir Johari berkata ia bertentangan dengan pendirian PAS ketika masih dalam Pakatan Rakyat sanggup berpecah dengan DAP dan segelintir bekas pimpinan parti yang menyatakan pendirian yang sama.
Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden IKATAN Datuk Tony Looi yang menegaskan akan keluar parti jika PAS masih mendesak pelaksanaan undang-undang itu.
“Saya berminat nak tahu macam mana PAS boleh buat gabungan dengan parti yang tidak sokong pelaksanaan hudud (pada masa ini), walhal pecah dengan DAP pun sebab DAP tak sokong pelaksanaan hudud,” kata Ahli Parlimen Bukit Bendera itu dalam satu wawancara bersama FMT.
Lebih menghairankan, katanya lagi, pimpinan AMANAH yang ketika masih bersama PAS menggesa agar soal ekonomi dan rakyat diutamakan berbanding hudud telah diserang dengan pelbagai tohmahan sehingga tewas dalam muktamar.
“Tetapi sekarang PAS dengan gembira boleh bergabung dengan IKATAN. Jadi saya nampak mungkin berlaku ‘double standard’ dan hipokrasi, cakap tak serupa bikin. Ini perlu dijawab oleh PAS,” katanya lagi.
Ketika sidang media mengumumkan kerjasama dengan PAS 16 Mac lalu, Presiden IKATAN Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir menjelaskan pendirian parti itu bahawa hudud masih tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia pada masa ini.
Pada sidang media sama juga, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pendirian parti itu kini adalah menyokong cadangan kerajaan untuk menaikkan taraf Mahkamah Syariah, dan “apa-apa undang-undang (lain dibincang) selepas itu”.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa