Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, March 21, 2016

Kuliah songsang dan surah gelap

BAHAS KAN;

Kuliah songsang dan surah gelap – Amirrul Jeffery

Tiada siapa warga harus dipaksa untuk setia kepada kerajaan. Setia kepada kerajaan adalah sesuatu yang tidak wajib dijulang.

Setia kepada kerajaan adalah suatu kerja lucah. Setia kepada kerajaan adalah perkara yang songsang lagi gelap.

Lima prinsip Rukun Negara tidak berkiblatkan untuk setia kepada kerajaan. Paling dekat ialah setia kepada raja dan negara.

Kerajaan adalah suatu entiti. Institusi diraja satu lagi entiti dan negara adalah suatu entiti lain.

Kerajaan, raja dan negara merupakan entiti yang berlainan. Maka untuk setia kepada kerajaan adalah kerja manusia yang bonsai lagi mandul fikrahnya.

Golongan ini lama pencen daripada menggunakan akal dan fikrah yang kritikal. Dengan ini saya bersetuju jika ada gerombolan yang mengatakan kita wajib taat dan setia kepada kerajaan saya cadangkan agar dilucutkan kewarganegaraannya sebagai warga yang boleh berfikir secara waras.

Setakat ini yang dapat dikesan ialah Utusan Malaysia, Datuk Ahmad Maslan dan Datuk Seri Hassan Malik.

Apa yang kita perlu ialah kesetiaan kepada negara. Kesetiaan kepada negara ialah tidak merompak duit rakyat dan negara untuk dimasukkan ke dalam poket sendiri dan gerombolan kroni.

Setia kepada negara ialah tidak menjual negara kepada kaum pemodal antarabangsa yang berkiblatkan kapitalisme melalui Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA).

Kesetiaan kepada negara ialah tidak menghancurkan sistem negara yang dibina pemimpin terdahulu. Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) membawa malapetaka dan bala kepada negara – adalah kerja lucah untuk kekal setia kepada kumpulan kaki rembat ini.

Justeru, untuk menghasut rakyat bagi menumbangkan kerajaan yang korup, rasuah, salah guna kuasa, menghancurkan sistem kehakiman, ketirisan, budaya kroni adalah kerja yang suci lagi bersih.

Menghasut rakyat menumbangkan kerajaan yang rosak adalah kerja mulia. Menghasut rakyat meruntuhkan kerajaan yang penuh dengan rasuah akan beroleh pahala.

Saya bukanlah pak lebai atau ustaz – jauh lagi untuk menunaikah umrah di tanah suci sedikit masa lagi.

Jangan menganggap saya sudah bertaubat daripada menghasut rakyat. Tetapi jika kita berbuat baik – menghasut rakyat meruntuhkan kerajaan yang rasuah dan zalim adalah satu kerja murni dan merupakan kebaikan. Kerja kebaikan sinonim dengan pahala.

Jangan terikut-ikut dan terpengaruh dengan kuliah subuh “lebai” Datuk Seri Najib Razak di Sarawak yang mengatakan kerajaan Umno dan BN mengamalkan politik perpaduan, keharmonian dan kestabilan. Perpaduan dan keharmonian membawa tiada apa makna.

Ia hanya alat mengolah persetujuan rakyat. Mengolah persetujuan rakyat adalah penting bagi merebut kuasa politik dan mengatur punca-punca ekonomi. Soalnya ke mana punca dan hasil ekonomi negara disalurkan?

Menerjah poket kroni atau rakyat? Atau kita jaga semua? Tiada apa yang stabil selagi Umno dan BN masih diberi mandat untuk memerintah. Kekacauan ekonomi, sosial dan politik makin menggila. Haru sana dan biru sini merapu atas bawah. Tunggang langgang bin terbalik.

Maka adalah wajib kita menghasut rakyat untuk menumbangkan kerajaan. Setaraflah kita dengan rakyat Rusia semasa revolusi Bolshevik. Setaralah kita dengan rakyat yang berjuang semasa revolusi Manshevik. Setandinglah kita dengan rakyat semasa revolusi Perancis.

Deklarasi Rakyat yang ditelurkan Tun Dr Mahathir Mohamad, beberapa pemimpin pembangkang, NGO dan aktivis kaum kiri – yang saya pandang sebagai sebuah kuliah songsang dan lagi surah gelap. Saya melihat para pemimpin pembangkang dan aktivis ini tidak segan silu berpeluk dan tidur sebantal dengan Dr Mahathir.

Kalau boleh pipi Dr Mahathir akan dicium sekuat mungkin sampai terkeluar air liur basi. Ada kalangan mereka merupakan mangsa Dr Mahathir pada zaman beliau menjadi perdana menteri dahulu. Ada kalangan mereka yang pernah disumbatkan ke penjara. Ada yang menjadi mangsa salah guna ISA. Ada yang pernah dibuang ke luar negara – dan disekat daripada balik ke tanah air berpuluh-puluh - pyanee

4 comments:

  1. kami cuma mahukan yang terbaik untuk rakyat bangsa dan agama.untuk negara kalau ada agama negara pun ikut bak juga.

    ReplyDelete
  2. Hanya bekas pelingkup negara yang tahu untuk berhadapan dengan pelingkup terkini.

    Seorang pelajar nakal akan mampu menipu seorang guru yang seumur hidupnya adalah bendul. Namun hanya guru yang pernah nakal memahami telatah anak muridnya nakal.

    Berkumpul di bawah satu deklarasi semirip peristiwa Hilf al Fudul.

    ReplyDelete
  3. Raja adil raja di sembah, yang zalim mesti di sanggah.

    ReplyDelete
  4. Raja adil raja di sembah, yang zalim mesti di sanggah.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa