Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, March 20, 2016

Kalau benar berita ini Najib akan demam!

Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Johor restui 13 bahagian bawa usul tolak Presiden?
20 Mac 2016 | DALIA ISMAIL
Muhyiddin (kiri) ketika menerima Deklarasi Rakyat yang telah ditandatangani Pemuda di peringkat cawangan di Pagoh sambil diperhatikan Timbalan Ketua Bahagian (tengah) Ismail Mohamad.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Johor dikatakan telah memberi laluan kepada Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) yang diwakili 13 Bahagian di negeri itu untuk membawa usul undi tidak percaya terhadap Presiden kepada Umno Pusat.

Segalanya bermula sehari awal daripada Tun Mahathir menyeru dalam blognya agar ahli Umno mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap presiden parti itu, pada 18 Mac lalu.

Faktor penolak sebenarnya sudah dimulakan sehari lebih awal pada 17 Mac (Khamis) dalam satu pertemuan sulit dihadiri Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Md Jais Sarday dengan kumpulan rebel Umno, itu yang diketuai Pengerusi GKCM Johor Solihan Badri; Timbalannya Ariffin Sharif; Setiausaha Kerja Samsudin Kambali dan dua AJKnya Saiful Anwar Yahya dan Bakhtiar Shah Mustafa.

Pertemuan dua pihak ini berlaku selama dua jam di Rumah Rehat Jalan Pejabat Kerajaan Kluang.

Sebagaimana laporan Malaysia Dateline semalam, keyakinan Solihan yang juga Naib Presiden GKCM Pusat apabila ditanya akan sokongan ketua-ketua cawangan untuk membawa usul mendesak  Datuk Seri Mohd Najib Razak berundur sebagai Presiden dan Perdana Menteri katanya, akan disokong hampir semua 106 cawangan di bahagian Pagoh dengan sebulat suara.

Keyakinan Solihan itu bertitik tolak kepada hasil pertemuan itu. Usul yang dibawa akan digarap oleh ketua-ketua cawangan daripada 13 bahagian  yang telah menyertai  GKCM daripada 26 bahagian di Johor.

Usul itu akan diserahkan terlebih dahulu kepada Jawatankuasa Usul Umno Bahagian sebelum dibentangkan ketika mesyuarat cawangan.

Sebalik apa yang berlaku dalam perbincangan itu, Md Jais yang mewakili Badan Perhubungan Negeri memaklumkan tidak akan menyekat usul yang akan dibawa oleh GKCM kepada bahagian atau terus boleh dibawa kepada Badan Perhubungan Negeri.

Apa yang hendak dibawa oleh GKCM ini menurut Md Jais telah mendapat persetujuan Pengerusi Perhubungan yang juga Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin yang mahukan pandangan dan suara peringkat akar umbi diterima oleh Umno Pusat.

Malah usul tersebut menurut Md Jais lagi, tidak perlu di bawa pada mesyuarat cawangan seperti kebiasaan diamalkan, sebaliknya GKCM perlu serahkan terus usul itu kepada Badan Perhubungan Negeri seperti mana yang dipersetujui dalam perjumpaan itu.
Antara ahli pergerakan wanita cawangan yang turut menyokong Deklarasi Rakyat

Justeru tidak hairanlah secara terbuka dan tanpa berselindung ahli Umno seluruh cawangan di bahagian Pagoh bangkit menandatangani Deklarasi Rakyat dalam mesyuarat cawangan bahagian itu semalam.

Jika Setiausaha Agung Umno Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor pada Ahad lalu lalu,dipetik sebagai berkata, GKCM akan berjumpa ketua cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri untuk mengeluarkan memorandum mendesak presiden parti meletakkan jawatan, telahan itu ada kebenarannya.

Walaupun Tengku Adnan menganggap kumpulan rebel Umno ini tidak mempunyai kuasa ke atas 191 ketua-ketua bahagian.

Sebaliknya jika seorang Menteri Besar selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri membuat "pusingan U" atas nama demokrasi untuk memberi laluan kepada suara akar umbi mengemukakan usul drastik mereka, bukanlah sesuatu yang mustahil dalam perlembagaan parti atau ia terpaksa dilakukan demi survival Umno bukan survival seorang Presiden.

Sedangkan sebelum itu  Mohamed Khaled pernah menyatakan pendirian Umno negeri itu menerima  keputusan Peguam Negara berhubung siasatan terhadap Perdana Menteri dan keputusan berkenaan katanya, merupakan pendirian Umno Johor dalam isu membabitkan kepimpinan atasan parti.

Sewajarnya diperingkat bahagian di kalangan ketua-ketua bahagian tidak menolak usul dicadangkan itu apabila Pengerusi Perhubungan sendiri menghalalkannya atas nama politik matang yang sudah pasti tindakan itu dianggap pula tidak melanggari perlembagaan parti.

Sekalipun ia dilihat melanggar tradisi (tidak melalui bahagian terus kepada Perhubungan Negeri) adalah satu tektikal untuk menghalang daripada usul itu diketepikan, jika usul daripada cawangan tidak mendapat sokongan sebahagian lagi bahagian negeri itu.

Seperti kata Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketika berucap dalam perasmian serentak persidangan tahunan cawangan semalam, yang mendesak ahli Umno terlebih dahulu mesti bersatu.

"Ahli Umno Pagoh yang paling awal mesti bersatu. Takkan mereka nak gantung semua 20,000 ahli Umno Pagoh. Kalau semua ahli Umno bangkit di 191 bahagian seluruh negara sekalipun, takkan mereka nak gantung semua," ujarnya dalam perasmian serentak cawangan bertempat di Kompleks Pekembar, Pagoh.

Difahamkan sejumlah 1,052 tandatangan dikumpul sebagai simbolik menyokong desakan terkandung dalam deklarasi rakyat berkenaan.Tandatangan itu kemudian diserahkan kepada Muhyiddin - bekas timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno yang sedang digantung tugasnya.

Kali pertama Deklarasi Rakyat dibacakan kepada umum adalah pada 4 Mac lalu diketuai Tun Mahathir Mohamad.

Antara lain ia menuntut supaya Datuk Seri Mohd Najib Razak berundur daripada kerajaan dan rakyat bersatu menyelamatkan Malaysia dengan membuka jalan melakukan reformasi terhadap proses demokrasi, memulihkan prinsip pengasingan kuasa di antara eksekutif, legislatif dan kehakiman.

Persidangan Mesyuarat Ketua-Ketua Cawangan seluruh negara bermula serentak pada Jumaat sehingga 1 Mei depan.

# Tapi boleh caye ker kata orang politik terutama pemakan dedak?

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa