Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, March 21, 2016

Janda kaya......

Shahnaz fail rayuan mohon tambah mutaah RM100 juta

 | March 21, 2016
Beliau tidak puas hati dengan mutaah berjumlah RM30 juta yang diputuskan Mahkamah Tinggi Syariah pada awal bulan ini.
shahnaz
KUALA LUMPUR: Shahnaz Majid yang baru-baru ini diberikan mutaah RM30 juta oleh Mahkamah Syariah, memfailkan rayuan bagi memohon jumlah itu ditambah menjadi RM100 juta.
Peguamnya, Akberdin Abdul Kadir memfailkan permohonan itu bagi pihak Shahnaz di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini.
“Beliau (Shahnaz) tidak puas hati dengan jumlah yang diputuskan oleh Mahkamah Syariah,” katanya dalam notis rayuan itu.
Mutaah adalah pembayaran saguhati kepada isteri yang diceraikan. Jumlah mutaah bergantung kepada keputusan hakim berdasarkan kemampuan bekas suami.
Sementara itu, Mahkamah Tinggi Syariah akan membuat keputusan pada 25 Mac ini terhadap rayuan yang dikemukakan oleh bekas suami Shahnaz, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib yang memohon mahkamah menangguhkan keputusan memberikan mutaah RM30 juta kepada bekas isterinya.
Pada 3 Mac lalu, Mahkamah Tinggi Syariah mengarahkan Mahmud Abu Bekir anak kepada Yang di-Pertua Sarawak, Tun Pehin Abdul Taib Mahmud membayar mutaah RM30 juta kepada Shahnaz.
Shahnaz, kakak kepada Ratu Jazz negara, Datuk Sheila Majid, berkahwin dengan Mahmud Abu Bekir pada 9 Januari 1992 dan mempunyai seorang anak lelaki yang kini berumur 23 tahun.
Mereka tinggal berasingan selama 11 tahun sebelum disahkan bercerai secara rasmi pada Mei 2011.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa