Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, March 21, 2016

Rekod imigresen Altantuya dirahsiakan kerana perbicaraan

mk - Hari ini, 11:18 pagi
Rekod imigresen Mongolia, Altantuya Shaaribu yang mati dibunuh tidak didedahkan kepada orang ramai selama lapan tahun kerana kes berkenaan masih dalam perbicaraan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

"Rekod berkenaan menjadi dalam dokumen perbicaraan dan tiada keperluan untuk didedahkan kepada umum selagi kes tersebut masih dalam perbicaraan kerana dikhuatiri boleh menjejaskan perbicaraan.

"Pendedahan hanya dibuat setelah kes tersebut selesai dibicarakan di Mahkamah Persekutuan," kata Zahid yang juga adalah Timbalan Perdana Menteri dalam jawapan bertulis di parlimen pada Khamis lalu.

Beliau menjawab soalan Gooi Hsiao Leung (PKR-Alor Setar) yang meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan kenapa kerajaan menunggu sehingga Disember 2015 sebelum mengesahkan bahawa rekod imigresen Altantuya tidak dipadamkan.

Pembunuhan Altantuya pada tahun 2006 menyaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - yang ketika itu timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan - dituduh terbabit.

Sekutu rapatnya, Abdul Razak Baginda yang mengaku mempunyai hubungan sulit dengan Altantuya didakwa bersubahat dengan pembunuhan itu tetapi kemudiannya dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.
Polis, sementara itu, membersihkan Najib daripada sebarang salah laku dan beliau juga dilaporkan telah bersumpah atas nama Allah bahawa beliau tidak bersalah.

Pengesahan oleh Zahid itu dibuat selepas lapan tahun berlalu apabila bapa Altantuya, Setev Shaariibuu menyoal mengenai rekod imigresen anaknya yang hilang.

Dakwaan pertama muncul semasa perbicaraan Razak pada Jun 2007, berdasarkan keterangan oleh Uuriintuya Gal-Ochir, sahabat Altantuya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa