Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, March 22, 2016

Sudah terang tak payah bersuluh: Musuh PAS adalah Pakatan Harapan bukannya UMNO/BN!

Senyum lebar UMNO/BN 
Tugas berat mereka sudah diambil alih oleh Hadi dan PAS!

PAS sedia hadapi Pakatan Harapan dalam PRU14 - Abdul Hadi
PAS sedia hadapi Pakatan Harapan dalam PRU14 - Abdul Hadi
ABDUL HADI: Kita tetap dengan pendirian untuk kekal dengan gabungan kita sendiri pada ketika ini.
KUALA LUMPUR: PAS bersedia menghadapi pertandingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) termasuk menentang parti dalam Pakatan Harapan yang dianggotai DAP, PKR dan Parti Amanah Negara.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu pada masa ini tidak merancang untuk berundur daripada mana-mana kerusi bagi mengelak pertembungan tiga penjuru.

"Kita tetap dengan pendirian untuk kekal dengan gabungan kita sendiri pada ketika ini.

"Terpulang pada pihak lain (Pakatan Harapan atau Barisan Nasional) untuk menerima konsep kita atau sebaliknya," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita mengenai kemungkinan parti itu akan berbincang dengan PKR bagi mengelak bertanding kerusi yang sama dan pertembungan tiga penjuru dalam kalangan pembangkang.

Pada 17 Mac lepas, PAS mengumumkan pembentukan permuafakatan bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN), sekali gus mewujudkan blok politik ketiga di negara ini.

Sementara itu, Abdul Hadi berkata pihaknya terbuka untuk bekerjasama dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam perkara yang baik, termasuk dalam soal politik.
Bagaimanapun, katanya buat masa ini perjuangan kedua-dua parti masih berbeza.

"Sehingga sekarang kita (PAS dan BN) masih perlu bertanding, kita tunggulah pilihan raya umum nanti," katanya.

1 comment:

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa