Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, March 22, 2016

Tabur dedak: Seronok tengok itik berebut?

Tapi ini bukan free tau........ini upah
Sape dapat bertuah dia walau pun untuk cawangan........tinggal lagi sape yang terlibat dan jadi ketua!
Duit......tau-taulah ek
Sebenarnya Kota Bharu dah lama buat bende ni, tapi taklah sebanyak itu

Tuesday, 22 March 2016
UNTUNG KALAH DARIPADA MENANG
Barangkali untuk  tujuan agar UMNO cawangan-cawangan di Selangor menolak  Deklarasi Rakyat dan mengabaikan usul undi tidak percaya terhadap Najib Razak yang digesa oleh Tun Mahathir Mohamad, maka buat pertama kalinya dalam sejarah dunia - dulu, kini dan selamanya, diadakan pertandingan untuk menambah ahli dengan ganjarannya wang tunai yang begitu lumayan sekali.

Bagi cawangan yang dapat menambah ahli paling ramai, hadiahnya ialah RM50 ribu, diikuti dengan RM30 ribu dan RM20 ribu bagi tempat kedua dan ketiga.

Pengumuman hadiah lumayan ini diumumkan sendiri oleh Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri yang sedang menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Dulu pernahkah kita dengar ada hadiah sebegitu lumayan?

Hebat betul  hubungan UMNO dengan wang sejak Presidennya ada derma beribu-ribu juta....semuanya diajar dengan duit belaka!!

Tetapi, katalah jika pertandingan menambah ahli itu sekadar mendapat sambutan suam-suam kuku saja berikutan imej buruk yang ada pada Najib dan akhirnya UMNO Cawangan yang dapat menambah ahli seramai 50 orang pun diisytiharkan sebagai pemenangnya, bermakna nilai harga untuk mendapatkan seorang ahli ialah RM1000.

Wowww...lebih untung jadi negeri kalah daripada negeri menang!! (SH 22/03/2016).- Asal

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa