Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, March 20, 2016

Salahuddin, tolong jangan buat penyokong geli geleman!

Kerusi PRU: Amanah sedia bincang dengan Pas
RAZIATUL HANUM A.RAJAK - 19 MAC 2016
KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini menegaskan parti itu sentiasa membuka pintu kepada semua pihak termasuk Pas untuk mengadakan perbincangan jika parti-parti pembangkang mahu hanya satu lawan satu dalam pilihan raya akan datang.

Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, meskipun pihaknya sentiasa bersedia untuk berbincang namun partinya itu sentiasa dilabel sebagai parti serpihan oleh parti Islam tersebut.

“Daripada awal lagi Amanah ditubuhkan, kita telah membuka pintu kita untuk semua orang berbincang, jika kita mahu satu lawan satu.

“Tapi Pas tetap mengatakan kita pengkhianat, kita ini parti serpihan, tidak panjang umur, tapi Amanah, kita buka pintu kita demi kebaikan rakyat dan negara,” katanya ringkas ketika ditanya kesediaan Amanah bekerjasama dengan blok politik ketiga, Pas-Ikatan yang baharu sahaja diwujudkan berdepan dengan Umno.

Rabu lalu, Pas mengumumkan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) sebagai rakan komponennya dalam blok politik ketiga.

Sebelum ini, bekas pemimpin Pas yang kecewa membentuk parti baharu, Amanah dan bekerjasama dengan DAP dan PKR serta membentuk Pakatan Harapan.

Sila baca ulasan GB di sini

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa