Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, April 9, 2016

OSA: Mahathir soal AG

Kerajaan guna OSA simpan rahsia jenayah – Tun M

 | April 9, 2016
Peguam Negara perlu jelaskan adakah menggelapkan wang kerajaan merupakan rahsia kerajaan dan ia harus dilindungi menggunakan Akta OSA
mahathir_law__apandi_600
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak tidak menggunakan Akta Rahsia Rahsia (OSA) untuk tujuan yang betul.
Katanya, OSA seharusnya digunakan untuk menghukum pegawai-pegawai kerajaan yang membocorkan dokumen mengenai polisi, minit mesyuarat kabinet dan juga perkara mengenai percukaian.
Sebaliknya, mantan Perdana Menteri mendakwa, kerajaan di bawah Najib menggunakan OSA untuk menyimpan rahsia jenayah dilakukan oleh pegawai dan kakitangan kerajaan atau atau individu tertentu.
Katanya, jenayah seperti itu mesti dilaporkan atau didedahkan oleh sesiapa yang melihat masalah itu.
“Akta Rahsia Rasmi yang saya percaya digunakan untuk menghukum mereka yang membocorkan dokumen pentadbiran kerajaan mengenai dasar, kertas kabinet dan percukaian. Ia digunakan bagi mencegah maklumat digunakan oleh individu, syarikat atau kerajaan asing dari mengambil kesempatan.
“Ia bukan digunakan untuk menyimpan rahsia jenayah dilakukan oleh pegawai, kakitangan atau individu. Jenayah seperti itu mesti dilaporkan atau didedahkan oleh sesiapa yang melihat masalah itu. Prosiding jenayah sebenar harus diikuti,” katanya di laman blognya, hari ini.
Dr Mahathir berkata, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali seolah-olah melihat jenayah yang dilakukan oleh pegawai kerajaan adalah rahsia kerajaan dan ia seharusnya disembunyikan dari mata masyarakat umum.
“Peguam Negara seolah-olah fikir bahawa jenayah-jenayah yang dilakukan oleh kakitangan kerajaan ialah rahsia-rahsia kerajaan untuk disorok dari mata umum dan sesiapa yang melaporkan jenayah itu akan didakwa kerana melanggar OSA,” katanya lagi.
Justeru, Dr Mahathir menggesa agar Peguam Negara menjelaskan sama ada kesalahan jenayah seperti menggelapkan wang kerajaan merupakan rahsia kerajaan dan ia harus dilindungi menggunakan akta OSA.
“Penjelasan mengenai perkara ini penting kerana Peguam Negara ditugaskan untuk menghantar kes-kes kepada mahkamah untuk dibuat pengadilan.
“Jadi, rakyat umum kemudiannya akan memahami mengapa laporan dari Bank Negara Malaysia diketepikan dan mengapakah laporan dan serta isi kandungan yang dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak dibenarkan untuk ditunjukkan kepada sesiapa,” katanya.
Semalam, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli didakwa di mahkamah mengikut OSA kerana memiliki dan membocorkan maklumat kerajaan berkaitan 1MDB dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
Maklumat sulit itu dipercayai mengaitkan 1MDB dengan kelewatan LTAT membayar gratuiti kepada bekas tentera, seperti yang didakwa Rafizi sebelum ini.

2 comments:

  1. dasar, kertas kabinet dan percukaian

    dasar tengok dasar jenis apa pulak yang perlu disorok kalau keselamtan negara okla
    kalau dasar merompak harta negara mesti didedahkan

    kertas kabinet jenis apa pulak yang nak disorok
    cukai apa pulak nak disorok

    bnayak putar alam jugak la puak omno ni
    1orang ada kuasa 1orang dah hilang kuasa
    2 2 sama saja omno

    ReplyDelete
  2. Apabila undang2 digubal oleh akal tanpa panduan wahyu, maka u2 itu akan digunakan untuk melindungi penjenayah..malangnya parti ug saban malam bicara ttg Islam hanya penasihat semput....tiada sengat..kikikiki

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa