Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, April 13, 2016

Usul tidak percaya di DUN Perak pula

Pembangkang usul tidak percaya terhadap Speaker DUN Perak
Nazialita Geynna MaharanAstro Awani |  April 13, 2016 09:26 MYT


Pembangkang usul tidak percaya terhadap Speaker DUN Perak
Devamany (gambar) berkata keputusan menggantung ADUN Aulong Leow Thye Yih tidak melanggar mana-mana perintah tetap. -Foto BERNAMA
IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang negeri Perak sepakat mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Speaker DUN Perak, Datuk Seri S K Devamany.

Ketua whip pembangkang, Datuk Ngeh Koo Ham berkata ia berikutan tindakan Devamany melarang ADUN Aulong (DAP), Leow Thye Yih daripada menyertai persidangan DUN kali ini.

Jelasnya, menurut Perintah Tetap 78 (2), mana-mana perkara yang diputuskan jawatankuasa tersebut patut dibawa kepada perhatian Dewan Negeri dan tidak diumumkan kepada orang ramai.

Kata beliau, pihaknya juga menggesa Devamany sebagai Speaker Dewan untuk menarik semula keputusan penggantungan ADUN Aulong daripada memasuki Dewan sebelum pihaknya mengambil tindakan undang-undang.

“Kalau Speaker tidak ada maruah atau tidak kotakan apa yang dijanjikan di khalayak ramai, kita akan menjadi bahan ketawa dan memang kita rasa malu kepada Dewan.

“Jadi, saya harap juga atas janjinya sendiri, beliau mesti letak jawatan kalau tidak, rasa malu kita akan berterusan di negeri Perak ini.

Sebelum ini, Leow digantung selama sebulan kerana tindakan wakil rakyat itu membuat tuduhan berniat jahat ke atas ADUN lain ketika persidangan lalu.

Pada persidangan lepas,beliau membuat tuduhan mendakwa Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengambil komisen daripada pemaju bagi hartanah di Taiping.
Sementara itu, Devamany berkata keputusan menggantungkan ADUN Aulong itu tidak melanggar mana-mana perintah tetap seperti yang dikatakan oleh pihak pembangkang.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa