Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, May 12, 2016

Adakah membunuh dijadikan hobi mereka?

Tiga letupan bom kereta gegarkan Baghdad, ragut lebih 86 nyawa 
AFP |  Mei 11, 2016 23:10 MYT
Tiga letupan bom kereta gegarkan Baghdad, ragut lebih 86 nyawa
Sejurus kemudian kumpulan Daish mengeluarkan kenyatan mengaku bertanggungjawab. - Foto AFP
BAGHDAD: Tiga insiden letupan bom kereta menggegarkan sebuah pasar di Baghdad, Iraq pada Rabu, meragut lebih 86 nyawa sekaligus menjadikannya kejadian paling berdarah tahun ini.

Kejadian di kawasan pengikut Syiah yang didakwa didalangi kumpulan Daish, berlaku di tengah-tengah kerajaan berhadapan krisis politik yang dilihat bakal membantutkan usaha menangani kumpulan pelampau.

Kejadian paling buruk berlaku di bandar Sadr ke utara Baghdad yang meragut 64 nyawa dan mencederakan  82 yang lain, kata pegawai kerajaan.

Ia menyebabkan barisan kedai diselubungi api dan serpihan akibat  letupan melayang dan bertaburan.

Satu lagi kejadian bom kereta berlaku di kejiranan Kadhimiya di barat laut Baghdad, meragut 14 nyawa.

Antara yang terkorban adalah anggota pasukan keselamatan.

Di daerah Jamea pula, lapan maut dan 21 cedera, juga dalam insiden letupan bom kereta, lapor pegawai Kementerian Dalam Negeri.
Sejurus kemudian kumpulan Daish mengeluarkan kenyataan mengaku bertanggungjawab.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa