Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, May 8, 2016

Amanah tunggu Husam dapat surat rasmi

[5/7, 16:47] ‪+60 13-489 4073‬: Amanah tunggu Husam dapat surat rasmi

KOTA BHARU - Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan tetap dengan janjinya untuk mengumumkan 10 wakil rakyat Pas yang bakal lompat parti selepas Datuk Husam Musa dipecat.

Bagaimanapun, Pengerusinya, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah berkata, perkara tersebut akan diumumkan selepas bekas Naib Presiden Pas itu menerima surat pemecatan ahli secara rasminya.

“Belum sampai masa lagi umum, Insya-ALLAH tunggu dulu, belum selesai lagi. Tunggu Datuk Husam dapat surat rasmi.

“Sekarang kita masih lagi menunggu surat pemecatan Datuk Husam dan semuanya akan diselaraskan bersama antara saya dan Datuk Husam selepas menerima surat pemecatan,” katanya sebentar tadi.

Terdahulu beliau menghadiri Majlis Makan Gulai Kerbau anjuran Amanah Kubang Kerian di sini.

Sebelum ini, Wan Rahim berjanji untuk mengisytiharkan 10 wakil rakyat Pas yang akan menyertai Amanah sehari selepas Husam bukan lagi menjadi ahli parti Islam itu.

Mempertahankan kredibiliti Amanah, Wan Rahim secara jelasnya memberitahu perkara tersebut bukan cakap-cakap kosong dan juga bukan gimik politik semata-mata.

Lima nama YB Pas yang bakal bersama parti progresif itu turut disebut oleh Wan Rahim.

[5/7, 16:47] ‪+60 13-489 4073‬: Ekoran Pemecatan Husam Musa sebagai ahli PAS, 2 ahli Parlimen PAS, YB Baihaki Atiqullah dan YB Dr Nik Mazian Nik Mohamad dilaporkan akan istihar keluar parti.  

Selain itu 11 ADUN PAS juga dijangka akan keluar sama.  PAS kini mempunyai 32 ADUN , PKR 1 dan BN 12.  Jika 11 ADUN PAS ini menyertai Amanah.  PAS hanya tinggal 21 kerusi.  Kita doakan semoga perkara ini berlaku dan bermulanya kerajaan perpaduan PAS dan UMNO. -  akramin_84

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa