Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, May 8, 2016

Santai - Sukan: 'Cederamata' dari Ronaldo

Mata penonton lebam terkena sepakan penalti Ronaldo
Nizam BakeriAstro Awani |  Mac 31, 2016 18:51 MYT

Mata penonton lebam terkena sepakan penalti Ronaldo
Sepakan percuma Ronaldo pada perlawanan pra-musim menentang Bournemouth pada tahun 2013 telah terkena seorang penonton dan menyebabkan tangannya patah - Foto EPA
KUNJUNGAN ke stadium Santiago Bernabeu pasti menjadi impian setiap peminat Real Madrid, apatah lagi menonton aksi bintang utama pasukan tersebut, Cristiano Ronaldo.

Namun bagi seorang pelancong Kanada, Sarah Arcand, pengalamannya lebih bermakna selepas menerima ‘cenderamata’ daripada pemain itu sendiri.

Dalam video berjudul Welcome to Bernabeu(Selamat Datang ke Bernabeu) yang dikongsi di YouTube, Sarah yang mendapat tempat duduk di belakang gol merakam perlawanan antara pasukan tuan rumah dan Sevilla yang berlangsung minggu lalu.

Ronaldo mengambil sepakan penalti namun tersasar dan bola tepat mengena telefon bimbit milik Sarah sekaligus menyebabkan matanya lebam.

Sarah bagaimanapun tidak marah bahkan berbangga dengan detik tersebut, seperti yang dinyatakan dalam huraian videonya:

“Not sure that Cristiano Ronaldo meant to welcome me with a black eye but this Canadian football fan will take the penalty kick to the face as an excellent memory.”

(Saya tidak pasti Cristiano Ronaldo mahu menyambut saya dengan lebam di mata tetapi peminat bola sepak dari Kanada ini akan membawa pulang kesan sepakan penalti di muka ini sebagai memori indah.)
Video tersebut telah meraih lebih 700,000 tontonan di YouTube.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa