Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, May 16, 2016

Bengong ke apa?

Apa perkataan yg sesuai selain dari "TOLOL" bagi mengambarkan sistuasi sebegini.......

Kalian halau keluar rakan taulan dengan alasan yg kalian adalah yg terbaik dari tapisan ALLAH........

Kalian Hina Nista dengan pelbagai gelaran untuk gambarkan betapa "JAHAT" dan "Khianatnya" yg telah kritik dan tegur kalian.......

Kalian kata kalian tidak bimbang sedikit pun dengan kewujudan AMANAH yg kalian anggap sebagai picisan....

Mutakhir ini....Kalian sanggup kehilangan Kelantan...Kalian sanggup kalah..........

Alih-alih kalian minta org lain pula bertanggungjawab atas kekalahan kalian jika terjadi.......

BENGONG KE APA?

Minta pula org yg kalahkan kalian untuk menjawab di hadapan RABULJALIL........OOOO yg hangpa tak perlu menjawablah ya kerana telah ditapis?

KOROK MUNG!

TAHAP ITU JE BERPOLITIK?

http://www.pas.org.my/presiden/167-peringkat-pusat/kolum-pimpinan/presiden/kenyataan-presiden-pas-sesi-2013-2015/2748-nak-tubuh-parti-baru-sila-presiden-pas

NYAMUK MENGGIGIT.

Pas rela kalah Kelantan, tidak akan runding dengan Amanah, kata Nik Amar
15 Mei 2016 | BORHAN AHMAD
Mohd Amar Abdullah

Pas rela kalah di negeri Kelantan tetapi tidak akan sekali-kali berpakat dengan Parti Amanah Negara (Amanah), tegas pemangku Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah.

"Kita rela kalah di Kelantan ini tetapi tidak sekali-kali berpakat dengan Pan (Amanah). Itu adalah pendirian kita," kata Nik Amar dalam satu taklimatnya kepada ahli dan pimpinan Pas negeri itu baru-baru ini.

Namun, kata Nik Amar, jika Pas kalah, Amanah adalah pihak yang bertanggungjawab dan akan memdapat balasan di akhirat kelak.

Bagi beliau, Amanah adalah pengkhianatnya jika berlaku tiga penjuru di Kelantan.

"Jika bertanding tiga penjuru, mereka inilah pengkhianatnya yang menolong Umno di Kelantan," kata beliau.

Menurut Nik Amar, orang-orang Umno sekarang ini tidak perlu berceramah kerana peranan itu telah dimainkan oleh Amanah.

Nik Amar mengulas cadangan Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah yang mengajak Pas berunding di negeri itu agar kerjasama boleh dibuat untuk mempastikan kerajaan negeri yang ada sekarang dipertahankan.

"Dia tekan kita supaya kita berkira dengan dia. Bila berkira dengan dia, kena beri bahagian mereka. Dia sebut, biar Pas ni bertanding Dun, Parlimen ini beri kepada mereka. Dia sebut gitu.

"Itulah cara dianya. Mereka ini kalau boleh beri satu kerusi tak pa, kalau kita bagi. Dia nak yang itu ja, itu cara dia main politik.

"Kita boleh baca semua langkah politik mereka, saya boleh ikut satu persatu, Sebab itu saya kerat awal-awal lagi," kata Nik Amar dalam taklimat itu.

Bagi Nik Amar, apa yang dilakukan oleh Amanah adalah merompak harta Pas.

"Dia mari rompak harta kita. Lepas kita tangkap, mereka kata bahagi dua ye. Adakah munasabah," kata Nik Amar lagi.

Nik Amar yakin, masa depan ada bersama Pas dan meminta ahli Pas yakin dengannya.

3 comments:

  1. sanggup kehilangan kelantan pd UMNO ke... sia2 usaha penyokong selama ini berhempas pulas kelik walaupun duit ade 200 je dlm poket... tak yah balik ugndi le lagi senang lepah nie..

    ReplyDelete
  2. Maknusia kalau Allah sudah tutup pintu HidayahNYa maka inilah jadinya hingga tidak dapat melihat dengan mata hati yang jujur dan ikhlas sebaliknay ditabur dengan fitnah dengan menyalahkan orang lain walau pun yang bercakap itu masyarak mengangkat mereka sebagi orang yang pintar dalam bidang agama itulah dunia diakhir zaman ulam sudah jadi ular dalam semak

    ReplyDelete
  3. Orang kelantan diluar kelantan...anda berdosa kpd rakyat kelantan yg oerlukan perubahan kerana undi anda memenangkan PAS sedang PAS tsk mampu buat apa2 selsin dlogan, rakyat susah tak mereka peduli. Kslau 2 pilihanraya mereka tak mampu buat oerubshan bokeh hingga. Tapi bila 20 tahun gsgal, mereka adalah oemimpin gagsl yg hsnya memenuhi poket sendiri atas slogan agama..anda org klantan diluar kelsntan tak rasa susah orang kelantan..jima mereka menderita, anda yg salah .

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa