Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, May 7, 2016

Bijaak.........bijak!

Sedang kita sibuk berkempen di Sarawak, diam-diam Najib Razak buat silap mata. Bermula dari semalam, secara rasminya rakyat menanggung hutang 1MDB sebanyak RM2.4 bilion. Ini tambahan kepada segala hutang-hutang lain yang telah kita tanggung sebelum ini. Bertuah betul PM kita ni, rakyat Malaysia terlalu baik.

5 MEI 2016

RAKYAT KINI TANGGUNG HUTANG RM2.4 BILION DARI SUKUK TERBITAN BANDAR MALAYSIA/1MDB

Saya merujuk kepada pengumuman Kementeria Kewangan semalam bertarikh 4 Mei 2016 mengenai pelaksanaan cadangan Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) iaitu:

1.    Memindahmililk anak-anak syarikat 1MDB iaitu Bandar Malaysia Sdn Bhd, TRX City Sdn Bhd, tanah di Air Itam dan Pulau Indah kepada Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc)

2.    Membubarkan Lembaga Penasihat 1MDB

3.    Membatalkan Artikel 117 dari Memorandum Pertubuhan 1MDB dan menukar sebarang rujukan daripada Perdana Menteri kepada Menteri Kewangan

Saya ingin mengingatkan bahawa Bandar Malaysia Sdn Bhd mempunyai dua tanggungjawab dan komitmen penting yang melibatkan kepentingan awam iaitu:

      i.        Bandar Malaysia Sdn Bhd mempunyai tanggungan hutang sebanyak RM2.4 bilion (atau jumlah mengikut wang yang telah dibelanjakan setakat ini) melalui terbitan sukuk yang dilanggan oleh Tabung Haji

    ii.        Bandar Malaysia Sdn Bhd bertanggungjawab menyiapkan kerja-kerja pemindahan dan naiktaraf pengkalan-pengkalan udara melibatkan Pengkalan Udara Sungai Besi dan 8 yang lain

Oleh yang demikian, apabila Bandar Malaysia Sdn Bhd dipindahkan menjadi anak syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan, segala tanggungan dan tanggungjawab Bandar Malaysia Sdn Bhd juga akan dipindahkan bersamanya. Ini bermakna, tanggungan hutang dari terbitan sukuk RM2.4 bilion itu kini akan dipindahkan kepada Kerajaan Malaysia seperti juga tanggungjawab melibatkan kerja-kerja memindahkan dan naiktaraf pengkalan-pengkalan udara.

Jumlah hutang RM2.4 bilion ini akan ditanggung oleh kerajaan dalam keadaan pelbagai peruntukan dipotong kerana kedudukan kewangan kerajaan persekutuan yang makin merudum.

Saya telah memberi amaran sebelum ini bagaimana akhirnya wang rakyat juga yang akan digunakan untuk membayar kembali hutang-hutang yang diambil 1MDB dan anak syarikatnya. Sebelum ini, kaedah yang sama telah digunakan untuk memindahkan hutang RM4 bilion yang diambil anak syarikat 1MDB iaitu SRC International kepada MOFInc.

Saya sememangnya sedang menyediakan satu injunksi untuk difailkan terhadap Tabung Haji mengenai terbitan sukuk RM2.4 bilion itu Saya akan bincang dengan peguam saya bagaimana perkembangan terbaru ini perlu diambil kira di dalam injunksi saya kelak.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa