Saturday, May 7, 2016

Celupar atau tak bijak?

D'Herbs rasa dihina, tawar habuan RM100 juta
N Faizal Ghazali     Hari ini, 6:20 petang
Nilai tajaan ditawarkan kepada skuad bola sepak Kedah ialah RM30 juta.

Hari ini pengasas D'Herbs Holding (M) Sdn Bhd, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman menawarkan RM100 juta pula - jika Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mempunyai bukti beliau mahu 'merampas' tanah di Kedah.

"Kalau ada bukti mengatakan saya mahu rampai tanah hak Kedah, saya sanggup ‎berikan RM100 juta. Bukan RM30 juta, tapi RM100 juta.

"Saya ada duit, kalau betul-betul saya nak tanah boleh beli tanah di Selangor. Kenapa nak pergi ke cerok Kedah?" katanya pada sidang media di Wisma D'Herbs, Kota Damansara, hari ini.


Tegas beliau, dakwaan yang dibuat Presiden KFA, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah bahawa aset rakyat di Kedah akan tergadai jika tajaan berkenaan diterima adalah tidak benar.

"Saya amat kecewa dengan menteri kedah Kedah. Apa yang beliau maksudkan dengan hak rakyat negeri Kedah akan tergadai?

"Mereka yang kata saya ambil tanah secara percuma atas nama Alif Syukri Kamarzaman adalah menipu. Tanah itu bukan saya yang minta, tetapi mereka (KFA) yang menawarkan tanah itu," katanya.

Menurut Aliff Syukri, butiran yang tersebar di media sosial seleaps KFA mengumumkan penolakan tajaan syarikatnya telah mengaibkan nama beliau.

Dakwaan buat rasa terhina

"Semua itu masih dalam perancangan dan cadangan dalam draf penajaan antara D'Herbs dan KFA. Sebelum ini sudah banyak perkara dibincangkan dengan baik.

"Saya amat kecewa dengan apa yang berlaku. Cara KFA buat kepada saya sangat tidak wajar," katanya.
Tambah jutawan kosmetik itu, sebelum ini pihaknya menerima surat daripada KFA menyatakan mereka sedang meneliti syarat-syarat dikemukakan.

"Dalam surat itu juga mereka meminta saya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung penajaan.

"Tetapi tiba-tiba KFA buat kenyataan tanpa sebarang perbincangan. Saya rasa terhina, seolah-olah saya mencuri hak milik Kedah," katanya.

Aliff Syukri berkata, jika fitnah tersebut terus dijaja beliau akan mengemukakan saman malu kerana berasa beliau di pihak yang benar.

"Tak mustahil saman malu (akan dibuat), saya ada bukti. Bukan saya kejar mereka (KFA).

"(Saya) tak pernah saya tuntut ‎tanah secara percuma, kalau saya nampak ada lagi kenyataan begitu saya saman," jelasnya.

3 comments:

  1. Kalau nak saman, saman atas kapasiti peribadi dengan peribadi... jangan nak saman atas kapisiti peribadi dengan kerajaan. Kami rakyat kedah bukan rela pun bermenteri besarkan makhluk tu... tapi dipaksa membela biawak hidup oleh mat najib selaku raja segala biawak hidup. Jadi kalau nak saman, saman mat bashah dengan najib.

    ReplyDelete
  2. Mb lulusan SRP engko bawak berunding. Bila dia merapu engko kelam kabut. Dah tahu dia tak cerdik apsal engko layan. Orang tak nak duit engko sudahlah. Dia cakap benda yg memalukan engko, ko saman tp jangan sampai berpuluh selasa dah lar.

    ReplyDelete
  3. saman jangantak saman.penolakan tajaan dherb itu menaik kan taraf mb di mata rakyat kedah...mb berjiwa rakyat tidak menggadai tanah demi rakyat kedah.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa