Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, May 12, 2016

Dari minda pegawai Azmin: Siapa bunuh Pakatan Rakyat?

Siapa bunuh Pakatan Rakyat?

Oleh: Hasmi Hashim - Pegawai Dasar Sosial & Kebudayaan Pejabat Dato Menteri Besar Selangor

Mustahil Pakatan Rakyat boleh mati sendiri. Mesti ada yang cuba membunuhnya.

Orang nombor satu yang nak bunuh Pakatan Rakyat adalah PM Najib Razak. Dah tentu!

Sukar Najib pertahankan Umno-BN yang makin hilang keyakinan rakyat. Oleh itu, dia harus memecah-belah Pakatan Rakyat kerana itu lebih berkesan untuk selamatkan Umno-BN.

Cumanya, Pakatan Rakyat tidak boleh dibunuh hanya dari luar. Tentu sahaja ada orang dalam yang juga mahu menghabisi Pakatan Rakyat. Orang dalam itu pula ada dua jenis. Satu, yang sudah termakan budi dengan ‘dedak’ Najib atau agen-agen Najib. Keduanya adalah orang yang ada kepentingan politik peribadi yang membuak-buak.

Kita ingat, Pakatan Rakyat diumum mati hanya oleh sekeping kenyataan media oleh Lim Kit Siang. Tak ada pimpinan lain yang tergamak untuk menyatakan Pakatan Rakyat mati. Begitu beranikah dia?

Dengan isytihar Pakatan Rakyat mati, kesan paling besar yang mungkin terjadi ialah jatuhnya Kerajaan Selangor kerana setiap parti dalam Pakatan Rakyat punya jumlah hampir sama di Selangor. Tak jadi masalah besar sangat di Pulau Pinang yang tak ada Pas. Tak juga jadi masalah di Kelantan yang hampir dikuasai Pas.

Angkara murka yang mahu Pakatan Rakyat mati jelas sekali adalah orang yang juga mahukan Selangor jatuh! Sanggup mereka lakukan itu kerana mereka telah gagal untuk mendapatkan kuasa di Selangor.

Dendam mereka kepada Azmin Ali luar biasa apabila melihat Azmin telah mencapai maksud menjadi MB Selangor. Apa yang penting bukan Azmin menjadi MB atau tidak. Apa yang penting, pada saya ialah, Azmin telah menyelamatkan Selangor daripada pecah dan jatuh ke tangan Umno-BN.

Itu peranan besar yang tempohari beliau mainkan. Itu paling mustahak.

Ia jadi paling mustahak apabila “Langkah Kajang” jadi langkah paling sumbang dalam sejarah politik sejak 20 tahun lalu. Langkah Kajang juga melanggar segala prinsip demokrasi. Undi rakyat dipersenda untuk tujuan politik peribadi.

Tanpa Langkah Kajang, mungkin Pakatan Rakyat boleh lagi diselamatkan. Kebetulan sahaja Presiden Pas, Hadi Awang sudah dingin hubungannya dengan Anwar Ibrahim sejak sebelum PRU.

Politik Hadi dapat ditelah mudah, dia tidak mahu DAP menguasai terlalu besar sehingga akan mendatangkan kecurigaan kalangan orang Melayu pula. Begitu kita dengar Hadi sanggup lihat Sarawak terus ditadbir Adenan Satem, asalkan penguasaan politik di Sarawak dikuasai orang Islam. Soal nasib rakyat Sarawak tidak diletakkan lebih tinggi dari soal politik perkauman.

Anwar pula sejak sebelum PRU 2013 telah dilihat berpihak lebih-lebih kepada DAP. Itu memang gaya politik Anwar. Dia mahu lebih daripada satu kekuatan.

Itu bukan perasaan Hadi sahaja, malah di dalam Keadilan sendiri merasakan perkara sama. Tidak dapat difahami, apa perlu Anwar begitu terlalu bergantung harap kepada DAP—waima lebih daripada partinya sendiri, iaitu Keadilan?

Culaan undi Cina sudah capai 80 peratus menyokong Pakatan Rakyat. Begitu juga dengan undi India. Kedua parti yang menjadi lubok kepada orang Cina dan India selama ini iaitu MCA dan MIC sudah lumpuh. Apa hendak dibimbangkan?

Sayang sekali, sekali lagi, Anwar serahkan sokongan Cina kepada DAP. Kerusi yang dilihat punya pengundi Cina lebih 35-40 peratus diserahkan kepada DAP. Tidak ditandingi oleh Keadilan. Sedangkan, Keadilan punya potensi menjadi parti berbilang kaum yang jauh lebih baik.

DAP ada sejarah hitam, bukan sahaja kepada politik orang Melayu, tetapi juga kepada politik orang Cina. DAP bukan parti kebangsaan. DAP lahir apabila Singapura keluar dari Malaya dengan PAP kekal di Singapura. PAP sebelum itu juga bergerak di Semenanjung.

Lepas keluar Malaya, anggota PAP di Tanah Melayu tubuhkan DAP sebagai sedikit-sebanyak kesinambungan gagasan “Malaysian Malaysia” Lee Khuan Yew di Malaya. Pilihanraya umum pertama yang disertai DAP menghasilkan peristiwa 13 Mei, rusuhan kaum paling besar sejak Malaysia merdeka.

Sentimen orang Cina cuba dibakar membenci kaum pribumi. Sentimen itu dibakar bukan sahaja daripada hasil tangan Khuan Yew, tetapi juga hasil tangan elit Umno yang mahu memunggah keuntungan politik daripada kekacauan yang tercetus. Politik perkauman telah hampir merosak sebuah negara baru yang bernama Malaya.

Lee pulang ke Singapura dan menerima takdirnya menjadi PM bagi sebuah pulau berbanding cita-cita awalnya untuk menjadi PM bagi sebuah wilayah yang lebih besar, iaitu Malaysia. Generasi hari ini takkan bisa memaafkan Tunku Abdul Rahman dan Umno yang rela melepaskan Singapura keluar dari Malaysia. Tidak akan!

Kebijaksanaan orang Cina Malaya ialah mereka sendiri menolak PAP. Mereka menolak Lee. Mereka mahu menjadi rakyat di sebuah negara yang bernama Malaya. Menjadi rakyat Malaya bererti bebas daripada diperintah di bawah cengkaman kuasa diktator seorang pemimpin bangsa mereka sendiri yang bernama Lee.

Keadilan muncul di tengah-tengah penantian puluhan tahun orang Cina, India dan sudah tentu sahaja orang Melayu untuk sebuah parti yang sesungguhnya mewakili seluruh rakyat Malaysia. Namun membunuh Pakatan Rakyat adalah sesuatu yang lebih tragedi. Ia sekaligus akan mengembalikan Malaysia ke kancah politik perkauman yang sudah cukup lama jadi kudis yang seperti tiada ubatnya.

Asas kita satu, Perlembagaan Malaysia. Kita wajib kembali bergerak dari sana. Bukan politik segelintir pencatur mahupun dalang di belakang mereka.

5 comments:

  1. Yea..semua salah "langkah kajang" politik paling sumbang..butuh la. Ia adalah langkah " sangat meng GERUN kan " umno Bn adalah muslihat politik politik terbaek.

    ReplyDelete
  2. mulut bau longkang

    ReplyDelete
  3. Ini suara umno bukan suara keadilan. Brp ramai agen umno dlm keadilan? Tak cukupkah dgn zuhdi & co dr pas?

    ReplyDelete
  4. Betul sb umno dh mula masuk jarum..pas dh kena skrng giliran keadilan pulak..

    ReplyDelete
  5. Betul ini duara umno...azmin mna pernah kena isa n ank angkat mahathir di majlis kawin ank dia bkn main puji mahathir...pikir2 kn lah

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa