Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, May 15, 2016

Gapo pulok ni weh?

Sunday, 15 May 2016
BERITA BURUK DARI SINGAPURA
Siasatan pihak berkuasa Singapura mendedahkan bahawa bekas Pengarah Urusan SRC International, Nik Faisal Arif Kamil telah meluluskan pemindahan sebanyak RM48 juta daripada dana syarikat itu kepada sekutu Jho Low, Tan Kim Loong.

Tan, jika mengikut The Wall Street Journal  atau WSJ adalah benefisiari asal Tanore Finance, sebuah syarikat berpangkalan di British Virgin Islands yang telah menghantar RM2,600 juta ke akaun peribadi Najib Razak.

Melalui pendedahan WSJ juga, Najib didapati turut menerima RM42 juta daripada SRC International yang sebelumnya mendapat kemudahan pinjaman sebanyak RM4,000 juta daripada Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) yang dikatakan untuk membiayai pelaburan arang batunya di Mongolia.

Cuma di Malaysia, bukan saja tidak diketahui siapa yang bertanggungjawab meluluskan pemindahan wang itu, malah Najib juga mengatakan beliau tidak mengetahui wang yang diterimanya itu daripada SRC International.

Pelik bukan?

Tapi wang itu tetap dibelanjakannya dan Nik Faisal pula sejak sekian lama menghilangkan diri ke luar negara, dipercayai ke Indonesia.

Di Singapura, seorang bekas pegawai  bank BSI, Yeo Jiawei sedang menghadapi pertuduhan kerana mempermudahkan, melalui cara penipuan, pemindahan wang daripada SRC International itu kepada Tan Kim Loong, tetapi di negara kita  "semuanya didapati tiada kes". 

Apakah kes di Singapura ini bakal mendedahkan banyak lagi perkara lain yang akhirnya turut melibatkan RM42 juta yang diterima oleh Najib? (SH 15/05/2016). - sumber

1 comment:

  1. Di Malaysia Peguam Negara yg dibsyar gajinya oleh rakyat. Kerjanya menyataksn Najib tak salah.
    .pukimak

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa