Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, May 15, 2016

Undan-Undang tetap gitu: Lagi mangsa curi ditangkap kerana membunuh......

Ajal ketika mencuri [METROTV]
Shamsul Munir Safini 
shamsulmunir@hmetro.com.my

Seberang Jaya: Remaja lelaki, 18, maut ketika bergelut dengan orang ramai selepas dicekup mencuri 'sport rim' kereta di sebuah bengkel di Kampung Sutera, di sini , jam 5 pagi tadi.
Seberang Jaya: Remaja lelaki, 18, maut ketika bergelut dengan orang ramai selepas dicekup mencuri 'sport rim' kereta di sebuah bengkel di Kampung Sutera, di sini , jam 5 pagi tadi.

Mangsa dipercayai penagih dadah itu memecah masuk bengkel seorang penduduk di situ sebelum disedari pemiliknya.

Difahamkan, lelaki yang juga pemilik serta beberapa rakannya mencekup remaja berkenaan yang sedang mengangkat rim berkenaan ke atas motosikal curinya.

Sumber berkata, ketika bergelut untuk melarikan diri daripada kepungan penduduk kampung itu, remaja berkenaan tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri.

Menurutnya, polis masih menyiasat punca kejadian dan sudah mengambil keterangan saksi untuk membantu siasatan.

Katanya, pemilik bengkel ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 kerana membunuh.
ANGGOTA forensik polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian seorang lelaki, 18, maut ketika bergelut dengan orang ramai selepas mencuri 'sport rim' kereta di Kampung Sutera, di Seberang Jaya. FOTO Amir Irsyad Omar

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa