Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, May 4, 2016

Ini dia janji BN.......

Sekadar janji, penduduk dakwa bekalan air terawat hanya alat BN
04 Mei 2016 | ARIF ATAN
Rabiah dari Kg Pelandok, Sadong Jaya kecewa janji kerajaan BN untuk bekalan air bersih masih belum ditepati

Entah bila akan selesai. Janji sekadar melepaskan batuk di tangga. Itu rata-rata keluhan rakyat di Sarawak apabila ditanya tentang masalah bekalan air bersih yang tiada kesudahan.
Penduduk di Dun Sadong Jaya, Faizal Mohamad, 40, memberitahu bekalan air terawat hanya menjadi alat BN bagi memancing pengundi setiap kali pilihan raya.Faizal Mohamad (kiri) bersarapan bersama rakan sekampung di Sadong Jaya.Faizal Mohamad (kiri) bersarapan bersama rakan sekampung di Sadong Jaya.
"Air selalu saja tiada. Kadang-kadang bekalan air terputus sehari suntuk sampai malam. Lebih teruk apabila musim cuti panjang atau sambutan Hari Raya," katanya ketika ditemui di gerai makanan dekat Pejabat Daerah Kecil Sadong Jaya hari ini.
Menurut ayah kepada lima anak itu lagi, janji bekalan air bersih sama sahaja seperti kebanyakan janji pelbagai projek pembangunan di negeri ini.
Sementara itu, tinjauan Malaysia Dateline di Kampung Pelandok mendapati di perkarangan rumah penduduk lazimnya akan terdapat tangki air berwarna biru dengan logo 1Malaysia.
Di hadapan kediaman keluarga Rabiah Kamri, 36, misalnya, terdapat sekeping zink berfungsi sebagai penyalur kepada curahan hujan supaya masuk ke dalam tangki pemberian BN itu.
"Beginilah nasib kami. Hairan juga negeri-negeri di Semenanjung sudah selesai isu air termasuk di kawasan kampung tapi kami di Sarawak yang tidaklah terlalu terpencil dari Kuching ini masih lagi guna air hujan," ujarnya lagi.Tangki pemberian BN jadi penyimpan air tadahan hujan walaupun BN sekian lama memerintah SarawakTangki pemberian BN jadi penyimpan air tadahan hujan walaupun BN sekian lama memerintah Sarawak
Selain Sadong Jaya, puluhan ribu rakyat di negeri terbesar di Malaysia itu turut mengalami masalah tekanan air rendah.
Di kawasan Punca Borneo misalnya, walaupun terdapat batang paip tetapi bekalan air masih belum dibekalkan kepada penduduk dari empangan Bengoh.

2 comments:

  1. Inilah yg dikatakan rakyat didahulukan...kepala hotak kau! Berapa tahun dah BN perintah?

    ReplyDelete
  2. Pangkah lagi dacing. Sdn pasti rakyat diperbodohkan.
    Janji penipu trademark parti dacing dulu kini dan selamanya

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa