Wednesday, May 4, 2016

Kalau ikutkan trek rekodnya korang rasa boleh percaya ke?

Kerajaan nafi GST akan naik jika BN menang PRN Sarawak
Harits Asyraf HasnanAstro Awani |  Mei 04, 2016 15:43 MYT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Wisma Bapa Malaysia di Kuching hari ini. - Foto Bernama
KUCHING: Kerajaan menafikan dakwaan pihak pembangkang kononnya ia akan menaikkan kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) daripada 6 peratus kepada 10 peratus sekiranya Barisan Nasional (BN) menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-11.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan tidak pernah bercadang menaikkan kadar GST yang telah ditetapkan sebelum ini.

Najib mendakwa tuduhan tersebut dibuat oleh pemimpin parti pembangkang untuk memburuk-burukkan BN menjelang pilihan raya.

“Dalam mesyuarat sudah dibuat keputusan, antaranya menolak sekeras-kerasnya dakwaan pembangkang kononnya jika BN menang maka kadar GST akan dinaikkan.

“Ini satu pembohongan yang tiada asas sama sekali. Tidak ada dalam perbincangan sama ada peringkat (Kementerian) Kewangan dan menteri untuk naikkan kadar dalam sebarang keadaan.

“Taktik ini ditimbulkan untuk (membangkitkan) kemarahan rakyat. Harap rakyat tidak ditipu dengan cerita kepalsuan semata-mata dan rekaan semata-mata,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini.
Sejak kebelakangan ini, pemimpin pembangkang dilaporkan mendakwa BN akan menaikkan kadar GST dari enam peratus kepada 10 peratus  sekiranya mereka menang di Sarawak.

Dakwaan ini juga dijadikan sebagai antara bahan untuk mereka berkempen di negeri Bumi Kenyalang itu.

5 comments:

  1. Tak naik 10% tapi dia boleh naik 7%,8%,9%,11%,12% dan sebagainya asalkan bukan 10%.

    ReplyDelete
  2. Apa mapadulong @$#&£%¥ sanrobone cakap gwa tak caya.......biar dihukum gwa tetap tak caya.

    ReplyDelete
  3. Umno kalau cakap tidak biasanya bermaksud ya
    Kalau ya biasanya bermaksud tidak

    ReplyDelete
  4. Lidah Najib bercabang cabang

    ReplyDelete
  5. Percaya pd najib sama dgn percaya rosmah akan jd slim mcm nurul izzah!!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa