Wednesday, May 4, 2016

Pemikiran politik Islam PAS terlalu sukar difahami

Oleh Rasyid Mansoor
PAS menegaskan ia parti politik Islam berasaskan dasar perjuangan Islamnya.Ditegaskan juga ia terangkum dalam sebuah jaringan mata rantai perjuangan Islam yang bermula sejak munculnya dakwah Rasulullah SAW.

Namun, pendirian dan sikap PAS sejak akhir-akhir ini sukar difahami dan sulit untuk dikaitkan dengan perjuangan Islam tadi.Apakah kini, PAS sendiri berhadapan dengan krisis identiti atau objektif politiknya sendiri kabur lantaran masalah yang diwujudkannya sendiri, gagal ditangani secara sempurna?

Apakah masalah yang dicipta PAS? Saya senaraikan sebahagiannya di sini.
Bermula dengan isu kaji semula keabsahan Pakatan Rakyat (PR) menurut syara’ sehingga terzahir persepsi PAS mahu undur daripada PR dan sedia bersendirian demi keredhaan Allah.

Sehingga kini tiada sebarang kajian atau hasilnya dibentang kepada umum atau ahli-ahlinya.

PAS juga melanggani idea umpanan Umno dalam usaha untuk melaksanakan undang-undang jenayah Islam termasuk hudud.

Ketika itu, Kelantan masih belum bersedia sepenuhnya, tawaran Umno penuh dengan seribu keraguan dan respon tidak senang oleh PKR dan DAP. 

Sehingga secara jelas dan ketara, PAS dipermainkan Umno yang kononnya akan membantu PAS membentangkan sama ada undang-undang hudud itu sendiri atau cadangan pindaan terhadap Akta 355.

PAS sebagai parti Islam sering mendoktrin ahli dan pengikutnya yang menerima PAS bermakna menerima Islam dan menolak PAS bererti menolak Islam.

Namun, fahaman ini sukar diterima umum kerana dalam masa yang sama pimpinan tertinggi PAS acapkali menunjukkan pintu keluar kepada ahli yang meragui parti seolah-olah mereka digalakkan meninggalkan Islam, kerana bagi doktrin tersebut, menolak PAS adalah penolakan terhadap agama Islam.

Justeru bagaimana sebenarnya?

Kini, mereka mengisytiharkan DAP musuh baharu.

Apabila datang daripada mulut pimpinan yang bertaraf orang alim, maka DAP digambarkan sebagai musush Islam bagi sebahagian ahli PAS yang rendah tahap fikirnya.

Terlupa seketika usaha bersungguh PAS selama ini mempertahankan DAP yang menolak hudud dengan berhujah mereka adalah non-Muslim yang sewajarnya bersikap demikian berbanding pimpinan dan ahli Umno.

Namun kini semuanya berubah. DAP yang sama dikecam sebagai punca kegagalan hudud maka dinilai sebagai musuh sebenar PAS sedang yang menipu, mengumpan, menghalang pembentangan cadangan pindaan Akta 355 adalah parti lain, pihak lain iaitu Umno, BN dan kerajaan Malaysia.

Di mana kebestarian pemikiran politik Islam PAS? Di mana Islam PAS sebenarnya?

Tambahan untuk itu, dalam pada PAS mengisytiharkan DAP sebagai musuh baharu, PAS masih dengan tenang tanpa segan dan silu duduk bersama DAP dalam satu kerajaan negeri bersama musuhnya DAP.

PAS masih berurusan dengan jawatankuasa kerajaan negeri Selangor yang dipengerusikan pemimpin DAP.

PAS masih memperakui sebahagian daripada kerajaan Selangor walaupun sebahagian lain adalah musuh politiknya.

Bagaimana sebuah kerajaan negeri dapat ditadbir dengan baik sekiranya dipimpin 2 parti yang bermusuhan?

Begitukah Islam? Demi apa sebenarnya PAS kekal dalam kerajaan Selangor? Jika bukan kerusi, bukan kuasa, demi apa? Islam?

Islam sebenar atau Islam PAS?

Islam sebenar ialah mewujudkan kerjasama baik, saling menghormati dan bantu membantu dalam pentadbiran sebuah kerajaan, bukan bermusuhan, mengecam dan menimbulkan provokasi tidak berkesudahan yang akhirnya terzahirlah satu teori, Islam PAS membenarkan PAS bersama dengan Umno bagi mentadbir Malaysia atau mana-mana kerajaan negeri secara bersama, walaupun keduanya bermusuhan dalam politik.

Justeru itu, seorang pemimpin PAS menyatakan PAS terbuka kepada kerjasama politik dengan Umno demi Islam dan seorang lagi  menegaskan tidak akan ada kerjasama politik dengan Umno.

Ini bagi saya adalah kerana pemikiran politik Islam PAS (pada masa kini) sukar difahami, termasuk oleh pemimpin mereka sendiri.

Saya kira juga, peringatan yang dilontar Timbalan Presiden Amanah wajar diperhalusi pimpinan PAS agar tiada lagi gelombang baharu perpindahan parti oleh ahli mereka secara beramai-ramai dari PAS kepada Amanah, lantaran sikap parti sendiri.~ article lama dari TMI lagi

4 comments:

  1. Panjang berjela tapi tetap bebal...utk mudah igt hadis ni...ada masa nabi suruh lawan kezaliman...ada masa nabi suruh bantu org yg zalim...faham?
    Atau mmg saja2 buat x faham...sbb apa....sbb strategi nk menang undi ahli2 melayu melalui mahadir x berjaya...ngaku jerla...
    Tapi klu ngaku iam rahmatan lil alamin tapi diwaktu yg sama menolak hudud tapi menggalakkan lgbt...sekukar...liberal...ngaji quran kut bahsa melayu...yg tu ramai org melayu x fhm...well actually faham...cuma org melayu kata...giller

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau je yg bebal dn tak npak.gi minum susu omega n cmpur dgn dedak ye sblum komen.

      Delete
  2. Kebumm! Mik ko sebiji telor busuk campur dedak

    ReplyDelete
  3. Tahap pemikiran walaun, tinggi mana la samgat. Lebih lebih pun SRP je agaknya!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa