Kenyataan Media.
RAJA BERDAULAT MEMAYUNGI RAKYAT NEGARA SELAMAT.
AMPUN TUANKU!
APAKAH KESALAHAN MB TERANGGANU LEBIH BESAR DARI
KESALAHAN PM NAJIB?.
1.Saya tidak pasti apakah kesalahan besar yang dilakukan oleh Razif MB Terangganu sehingga menimbulkan kemurkaan Tuanku Sultan.Tapi sudah tentu ada kesalahannya sehingga membuat semua Gelaran Darjah Kebesaran yang dianuggerahkan oleh Tuanku Sultan ditarik balik.
2.Saya juga tidak pasti sama ada kesalahan Razif itu terhadap Tuanku Sultan atau terhadap rakyat sehingga menimbulkan kemurkaan Tuanku Sultan.Yang pastinya Tuanku Sultan begitu marah dan menjadikan hubungan MB Razif dengan Istana retak.
3.Yang pasti kesalahan MB Razif tidaklah sebesar kesalahan yang dilakukan oleh PM Najib.saya percaya kesalahan MB Razif tidaklah memberi kesan besar kepada ekonomi Negara.Sudah pasti kesalahan Razif tidaklah sangat membebankan hidup Rakyat seperti Najib mengenakan GST,AES dan TOL kepada rakyat serta menaikan tambang pengangkutan awam yang menyesakan rakyat.
APAKAH NAJIB SEBAGAI RAJA?.
4.Kalau kesalahan Razif dikatakan berkaitan salah guna kuasa sudah tentu tidaklah sebesar sala guna kuasa Najib.Jika ada kehilangan wang Negeri yang dilakukan Razif tidaklah sebesar kehilangan besar wang negara melalui 1MDB yang dilakukan PM Najib.Jika ada wang yang masuk dalam akaun peribadi Razif,saya percaya jumlahnya tidaklah boleh menandingi jumlah yang masuk ke akaun peribadi Najib RM2.6 Bilion + RM42 Milion.
5.Jika kesalahan Razif tidak sebesar kesalahan Najib menyebabkan Tuanku Sultan Terangganu boleh murka dengan menarik segala Bintang Pingat Kebesaran yang dianuggerahnya kepada Razif.Saya tak fikir Tuanku Yang DiPertuan Agong dan Tuanku Sultan serta Raja Raja Melayu boleh berdiam diri terhadap Najib.Kesalahan Najib terkesan pada ekonomi negara.Kesalahan Najib mengheret rakyat menanggung beban hidup yang menyeksakan.Kesalahan Najib menyebabkan 1MDB dan Kerajaan berdepan dengan kehilangan puluhan bilion Ringgit Malaysia.
6.Apakah Yang DiPertuan Agong dan Majlis Raja Raja merestui Najib dan kabinet dapur pemakan dedak ini melakukan kerosakan pada Negara?.Adakah Tuanku Yang DiPertuan Agong dan Majlis Raja Raja akan MURKA pada Najib yang merosakan Negara?.Atau adakah PM Najib terselamat dari kemurkaan Tuanku?.Kerana Najib lah sebenarnya Raja.
7.Ampun Tuanku.Terpulanglah kepada kebawah Duli Tuanku sekelian untuk membuat pertimbangan didalam Mesyuarat Majlis Raja Raja pada 10 Mei 2016.Sama ada Tuanku Tuanku akan terus menjadi Payung Negara yang MEMAYUNGI RAKYAT,NEGARA SELAMAT atau MELINDUNGI NAJIB yang telah menjahanam dan merosakan Negara.Ampun Tuanku,Patik Patik hamba rakyat menanti keputusan Duli Tuanku.
#DaulatTuanku
#UndurNajib
#SelamatkanMalaysia.
DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
11.00amTaman Al-Walid Alor Setar
11Mei 2016/4 Sya'ban1437H

Raja Mrlayu yg layu..
ReplyDelete