Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, May 8, 2016

Kenapa Najib kekalkan Razif?

Najib kekalkan Razif yang bermasalah untuk terus berkuasa, kata Mahfuz
08 Mei 2016 | MALAYSIA DATELINE
Mahfuz terus persoal tindakan Najib kekalkan Razif

Tindakan Perdana Menteri. Datuk Seri Mohd Najib Razak mengekalkan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman yang bermasalah dengan istana dilihat satu percubaan untuk menutup kesalahannya yang lebih besar.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata Najib mengharap dengan mengekalkan Razif sebagai menteri besar walaupun dengan kesalahan yang Tuanku Sultan murka ini akan menutup jalan untuk Yang DiPertuan Agong dan Raja Raja juga murka pada Najib atas kesalahan yang lebih besar yang dilakukan Najib.

"Jalan selamat bagi Najib ialah kekalkan Razif kekallah Najib sebagai Perdana Menteri jadi selamatlah Najib dari kemurkaan Raja Raja tetapi saya percaya Raja Raja tidak akan membiarkan diri mereka dipermainkan Najib," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Najib katanya mengekalkan Razif sebagai menteri besar Terangganu walaupun Razif telah menyebabkan kemurkaan Tuanku Sultan sehingga penarikan semua pingat, darjah kebesaran negeri yang diberikan pada Razif.Kesan dari itu menyebabkan hubungan Razif dengan pihak Istana retak.

Menurutnya, apa pun kedudukan menteri besar dan siapa pun menteri besar Terangganu dan siapa pun perdana menteri Malaysia tetap memperlihatkan kepimpinan Umno sedang berhadapan dengan krisis yang makin sukar untuk diatasi.

"Rakyat melayu dan ahli Umno makin faham parti keramat Umno makin mereput akibat politik salah guna kuasa dan rasuah yang membawa kepada pengabaian terhadap negara dan rakyat," katanya.

Beliau mempersoalkan kenapa Najib mengekalkan Razif sebagai menteri besar Terangganu, sedangkan rakyat tahu Tuanku Sultan murka pada Razif.

"Kini rakyat Terangganu punyai menteri besar yang yang Sultan Murka dan Tuanku Sultan Terangganu mempunyai memanda MB yang Tuanku sendiri murka.

"Semua pihak menganggap diluar kebiasaan kenapa Razif kekal," katanya.

1 comment:

  1. Sbb nya PAS bodoh..
    Konon politik matang..tak mahu campur urusan BN.
    INI MENJADIKAN CREDIT PADA NAJIB UTK KEKALKAN RAZIF.
    BILA HJ KATA TAK MAHU CAMPURTANGAN INI MEMBERI PELUANG PADA NAJIB JIKA DIBUAT UNDI TIDAK PERCAYA SEKALIPUN..BN AKAN TETAP MENYOKONG RAZIP...PAS AKAN BERKECUALI..HANYA BN DAN PARTI HARAPAN SAJA. SUDAH TENTU TEWAS. ANGKARA SIAPA RAZIF MSH KEKAL..KALAU BUKAN PAS DGN "POLITIK MATANGNYA"

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa