Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, May 4, 2016

Lepas satu, satu berkenaan 1MDB: Royal Bank of Scotland pula disiasat

Royal Bank of Scotland disiasat berkaitan skandal 1MDB
mk - Hari ini, 12:06 tengahari  
The Royal Bank of Scotland (RBS) merupakan institusi kewangan terbaru di bawah siasatan berkaitan pemindahan dana yang dikaitkan dengan 1MDB.

Menurut Financial Times, Pihak Berkuasa Penyeliaan Pasaran Kewangan Switzerland (Finma) telah melancarkan siasatan berkaitan dengan akaun pelanggan-pelanggan tertentu dengan Coutts.

Coutts merupakan bekas cabang Swiss bank swasta RBS, yang telah dijual kepada Union Bancaire Privée.

Menurut laporan itu, RBS mendedahkan mengenai siasatan itu pada 29 April dan berkata ia sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa.

Ia telah dilaporkan sebelum ini, dan kemudiannya disahkan oleh Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) mengenai 1MDB, bahawa AS$1.03 bilion dana 1MB dalam usahasama dengan PetroSaudi International telah dilencongkan ke Good Star Ltd.

Dana yang dilencongkan ke Good Star itu masuk ke akaunnya di bank Swiss di RBS Coutts.

Siasatan mendapati Good Star tidak berkaitan dengan usahasama 1MDB-PetroSaudi, satu maklumat kritikal yang mana pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin mengaku memadamnya daripada Laporan PAC selepas ditegur oleh anggota pembangkang dalam jawatankuasa itu.

Portal pemberi maklumat Sarawak Report mendakwa Good Star dimiliki sepenuhnya oleh jutawan Jho Low.

Aliran dana yang dikaitkan dengan 1MDB kini sedang disiasat oleh sekurang-kurangnya lima negara - Amerika Syarikat, Switzerland, Luxembourg, United Arab Emirates dan Singapura.

1 comment:

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa