Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, May 4, 2016

Bodohnyaa.........menteri nih!

Nazri Aziz Parahkan Lagi Imej Najib Razak...
9:00 PM
Ketika mengulas isu penarikan polis pengiring bermotosikal nazri aziz mengatakan,

"Kalau beliau pilih untuk hendak bertumbuk kita boleh bertumbuk, saya bersedia untuk bertumbuk dengan beliau bila-bila masa," katanya ketika ditemui media pada Program Merakyatkan Seni Budaya: Nilai Murni Gotong-Royong di Sekolah Kebangsaan Buntal, Pantai Damai, di sini. SUMBER

Satu kenyataan yang langsung tak ada kaitan dengan isu penarikan polis pengiring... 

Untuk apa nazri mengeluarkan kenyataan sebegitu?

Kalau nak ulas pasal isu penarikan polis pengiring, just ulas aja la, tak perlu la nak ajak orang tua tu bertumbuk ke apa ke...

Adakah nazri nak tunjuk kepada najib yang dia nie berani ada teloq nak belasah tun mahathir?

Adakah nazri nak tunjuk pada najib, dia sedia mempertahankan bossnya sehingga sanggup nak cepuk tun...???

Sebenarnya tindakkan nazri silap, dengan komen bodoh yang dia buat 2-3 hari lepas, memparahkan lagi image najib razak selaku ketua kerajaan dan barisan nasional yang kini sedang giat berkempen di sarawak...

Rakyat melihat, menteri yang dilantik oleh najib kurang ajar dan biadap, rakyat melihat kalau dengan bekas perdana menteri pun dia boleh kurang ajar, bagaimana pulak dengan rakyat???

Hari tu, dia ni la jugak tibai ustaz zakir naik, jenuh pemimpin umno mintak maaf secara peribadi dan clearkan balik image umno, ni dia buat hal lagi...

Apa pun tindakan nazri itu memang parahkan image najib...

Atau mungkin nazri sengaja keluarkan kenyataan macam tu untuk rosakkan lagi image najib? hanya nazri sahaja yang tahu...

Posted by MK IV at 9:00 PM   

3 comments:

  1. TAK!!!rakyat tak nampak. Rakyat melayu kat kampung2 kat tanah rancangan felda tak nampak. Iban rumah panjang tak nampak. Hanya rakyat cerdik yg terdedah kpd maklumat saja nampak dan tahu apa bapak gangster ni kata.

    ReplyDelete
  2. Itu dah "trade-mark" dia..

    ReplyDelete
  3. Dia lagak gangster tp klu 1 on 1 dia tak la brani sgt.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa