Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, May 11, 2016

Lipatan Sejarah bukan Auta tapi Fakta....

BukanNYA berhenti disitu  RupaNYA ADA Kesinambungan NYA🏽 dari dulu lagi

Lipatan Sejarah bukan Auta tapi Fakta....
RODA tetap berputar....kadang di Atas kadang di Bawah...

M.S M S Ibrahim Al-Malbar

Muktamar 1982 menyaksikan golongan pemuda telah mengwujudkan komplot menggulingkan YDP PAS ketika itu Dato’ Asri Muda, komplot yang diketuai oleh antaranya Haji Hadi, tekanan yang kuat daripada komplot itu ditambah pula dengan laungan “marakbar Asri” (undur Asri) marakbar itu yang secara tersurat bererti undur tetapi secara tersiratnya suatu ungkapan yang kasar kalau dalam bahasa melayu lebih kurang “berambus” atau boleh juga jadi “mampus”.

Penggulingan YDP PAS dilakukan secara undi angkat tangan tetapi secara kurang ajar, secara biadap, penggulingan yang dirancang oleh ulamak dengan meletakkan pemuda dihadapan ketika itu telah berjaya menggulingkan Dato’ Asri , Perlu diingatkan muktamar pemuda PAS telah diadakan jauh lebih awal dari muktamar penuh iaitu dua minggu sebelum muktamar penuh dan diadakan di Bukit Mertajam.

Haji Hadi antara manusia yang gunakan ungkapan “Marakbar Asri” ketika itu.
Bukankah Dato Asri juga seorang ulamak, yang namanya dikenali juga di negara2 arab bahkan tandatangannya diterima oleh pusat pengajian Islam di Timur Tengah ketika itu.

Adakah menjadi suatu kesalahan jika ada ahli PAS yang hendak gulingkan Haji Hadi secara sah iaitu melalui muktamar? Sedangkan Dato’ Asri digulingkan secara kurang ajar dan biadap.

Adakah menjadi kesalahan jika ada ahli PAS yang berkempen atau melobi supaya tolak Haji Hadi sebagai presiden PAS? Kerana Haji Hadi pernah berkempen dan melobi supaya perwakilan pemuda PAS sokong Ustaz Abu Bakar Chik ketika jawatan ketua pemuda PAS Pusat berlaku pertandingan antara Ustaz Abu Bakar Chik dengan Haji Mohamad Sabu, Haji Hadi panggil perwakilan dari Sabah dan berkempen supaya sokong Ustaz Abu Bakar Chik.

Jika ada yang mencabar Haji Hadi sebagai presiden PAS itu adalah sejarah yang berulang, kerana pada 1982 Haji Hadi lakukan perkara yang sama ke atas Dato’ Asri bahkan dengan cara kurang ajar dan biadap.

Haji Hadi dan balaci2nya terimalah hakikat ini…… kita tidak mampu cipta sejarah tetapi sejarah itu berulang…..1982 Haji Hadi buat ke atas Dato’ Asri dan tahun 2015 orang lain pulak buat ke atas Haji Hadi…..

Betapa kurang ajarnya geng ulamak muda ketika itu yang turut serta Haji Hadi ialah meluluskan usul tolak ucapan dasar YDP Dato Asri pada 22.10.1982 sedangkan Dato Asri membaca ucapan dasar pada 23.10.1982 (Dato Asri terpaksa menunda hari kedua untuk membaca ucapan dasar kerana huru-hara yang dilakukan oleh pemuda PAS yang diketuai oleh Mustafa Ali dan ulamaknya Haji Hadi)

Pada 23.1.1983 JK tatatertib PAS telah memecat Dato Asri, yang buat huru-hara ialah pemuda PAS dan ulamak muda PAS tetapi yang diambil tindakan ke atas Dato Asri, itulah angkara Mustafa Ali dan Haji Hadi pada 22.10.1982..

(Teman hadir muktamar PAS pada 1982 di Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur) - Mat Saad

1 comment:

  1. Tadak apa yg nak diherankan tentang PASik skrg ni. Pimpinan yg ada sekrg ni bukannya tau sejarah PAS pun.. menyalak konon lawan syiah.. tapi syura ulama nya bersifat syiah! Presidengnya dah mcm ayatollah!!! Biarlah PASik dgn cara mereka.. tak perlu dilayan sangat.. nanti mengada-ngada. Perlu diingat..dlm PASik ada 'militan ma'unah (SAUK).'.. ada pensyarah yg jadi 'pakar strategik'.. he he he... ada 'pakar cakar harimau'.. ada 'pakar siku lutut dlm jubah'.. dan mcm-mcm lagi. Tapi yg hebat..ada 'pakar menyalak babi dlm bukit'..Biarlah PASik dgn cara mereka!!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa