Mayat kelima nahas helikopter ditemui
WARTAWAN SINAR HARIAN - 7 MEI 2016
ARTIKEL BERKAITAN
WARTAWAN SINAR HARIAN - 7 MEI 2016
SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Mayat kelima mangsa nahas helikopter AS350 dilaporkan telah ditemui jam 6 petang tadi dan dibawa ke jeti Pekan Lingga kira-kira jam 6.50 petang tadi.
Memetik laporan Bernama Radio, pengesahan itu dibuat Pusat Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) Lingga.
Laporan itu juga menyebut polis berkata, mayat tersebut ditemui di Tanjung Beleban, kira-kira 2.5 kilometer dari pusat operasi SAR Lingga.
Sebelum ini empat mangsa sudah ditemui sejak semalam dengan tiga daripadanya sudah dikenal pasti identitinya.
Mangsa pertama, Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon ditemui jam 12 tengah hari semalam dan telah selamat dikebumikan malam tadi.
Manakala mayat kedua yang ditemui disahkan sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, mendiang Datuk Dr Sundaran Ann Amalai dan mayat ketiga disahkan sebagai pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun.
Setakat ini, hanya seorang lagi mangsa nahas helikopter yang dilaporkan hilang Khamis lalu masih belum ditemui.

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa