Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, May 2, 2016

Ooo.........pengecut rupanyaa!

Adnan politikus pengecut, bimbang kepincangan BN terbongkar
 | ARIF ATAN
Aiman Athirah Al JundiAiman Athirah Al JundiTindakan menghalang kemasukan ramai pemimpin dari parti pembangkang ketika musim Pilihan Raya Negeri ke-11 Sarawak (PRN11) kali ini tidak lebih sebagai salah guna kuasa oleh Ketua Menteri, Tan Sri Adnan Satem.
Ahli Jawatankuasa Amanah, Aiman Athirah Al-Jundi berkata, keputusan bersifat politik itu begitu samar dan tiada kewajaran kukuh sebaliknya hanya berselindung di sebalik kempen Sarawak for Sarawakians yang disemarakkan di era kepimpinan Adnan.
"Padahal kempen itu hanya sekian banyak strategi pecah dan perintah BN. Adnan juga akan diingati sebagai seorang pemimpin yang anti perpaduan dan anti Malaysia.
"Keputusannya menyekat rakyat di Sarawak bersemuka dengan pemimpin pembangkang termasuk aktivis dari Semenanjung menelanjangkan wajah sebenar Adnan sebagai politikus pengecut menghadapi kekalahan di gelanggang demokrasi," bidasnya.
Menurut Timbalan Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (Awan) itu, Adnan pada hakikatnya khuatir lebih banyak kebobrokan pentadbiran BN dan penindasan rejim ke atas peribumi Sarawak dibongkarkan.
Mengulas keputusan kerajaan BN Sarawak membenarkan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng menjejaki Sarawak, beliau berkata, Adnan jelas takut dengan penangan kemarahan pengundi Cina terhadapnya.
"Dia adalah politikus murahan dan penakut yang cuba berlagak baik tetapi sebenarnya cuma seorang proksi kepada Najib Razak.
"Gesaan Adnan supaya kempen PRN11 tidak menyentuh isu-isu nasional adalah satu lagi pembodohan rakyat dan cara bagi mempertahankan kezaliman serta salah guna kuasa rejim BN di bawah pentadbiran Najib," tegasnya ketika dihubungi Malaysia Dateline.
Tan Sri Adenan Satem Tan Sri Adenan SatemTok Nan hina rakyat Sarawak
Adnan juga, ujarnya, secara tidak langsung menghina kebijaksanaan rakyat Sarawak untuk menilai mana yang baik dan sebaliknya untuk masa depan mereka.
"Mereka tidak memerlukan Adnan pun untuk melindungi kepentingan mereka yang jelas sudah sekian lama dirampas rejim BN sendiri," selarnya.
Sehubungan itu, Athirah menyeru 1,138,650 pengundi Sarawak untuk wajib bangkit menolak sikap angkuh dan anti perpaduan Malaysia yang dihasut oleh Adnan kerana hanya akan menjejaskan keharmonian rakyat berbilang kaum di negara ini.
"Perangai Adnan itu hanya mencambahkan lagi prejudis di antara mereka di Semenanjung dengan rakyat di Sarawak. Adakah itu yang kita mahu?" bidasnya lagi.
Untuk rekod, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sebagai parti tulang belakang BN Sarawak yang diterajui Adnan bertanding di 40 kerusi pada PRN11 kali ini iaitu bertambah lima kerusi daripada PRN 2011.
Adnan yang dikenali penduduk tempatan sebagai Tok Nan dikatakan mempunyai hubungan baik dengan Najib.
Hal ini menyebabkan banyak tuntutan Adnan berhubung penurunan lebih kuasa pentadbiran kerajaan negeri dilihat mendapat maklum balas positif kerajaan pusat.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa