Saturday, May 7, 2016

PM sepatunya faham maksud tindakan Tuanku Al-Sultan - Mad Said

Ahmad Said minta Razif letak jawatan MB Terengganu
07 Mei 2016 | BORHAN AHMAD
Ahmad Said minta Razif letak jawatan secara terhormat

Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said meminta Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman meletak jawatan menteri besar dengan cara terhormat setelah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menarik balik pingat kebesaran yang telah dikurniakan oleh Tuanku pada 22 April 2016.

Dalam satu kenyataan medianya kepada Malaysia Dateline, Ahmad berkata,  Sultan Mizan sudah memberi satu petunjuk yang jelas bahawa beliau tidak mahu Ahmad Razif terus menjadi Menteri Besar Terengganu, bertepatan dengan Fasal 30 Undang-undang Tubuh Negeri.

Adun Kijal itu menyebut tiga perkara berkait penarikan darjah kebesaran yang telah diwartakan.

Tiga perkara tersebut adalah:   i) jika orang itu telah disabitkan atas satu kesalahan yang melibatkan tipuan;   ii) jika orang itu dilucutkan kewargaannya;   iii) jika Duli Yang Maha Mulia berpuashati dengan kelakuan atau watak orang itu bahawa orang itu tidak lagi patut dikurniakan darjah atau kebesaran tersebut atau tidak patut di anugerahkan bintang atau pingat penghormatan atau kebesaran tersebut.   "Amat jelas kesalahan yang dilakukan oleh Ahmad Razif amat besar dan telah dinilai dengan teliti oleh DYMM Sultan Terengganu sehingga penarikan itu diwawarkan secara umum," katanya dalam kenyataan itu.

Bagi beliau, Perdana Menteri sepatunya faham maksud tindakan Tuanku Al-Sultan menarik balik darjah kebesaran daripada Ahmad Razif dan sepatutnya mengemukakan nama calon-calon penganti untul mendapat perkenan DYMM Sultan Terengganu.   "Saya berpendapat kini sudah tiba masa bagi YAB Perdana Menteri mencadangkan nama calon-calon penganti Ahmad Razif dan terserah kepada DYMM Sultan Terengganu untuk memberi perkenan,"katanya dalam kenyataan itu.

Keputusan ini, katanya, perlu dibuat segera kerana perjalanan pentadbiran negeri Terengganu kini lesu akibat krisis antara pihak Istana dan Menteri Besar dan lebih malang lagi rakyat yang tidak berdosa dan sedang dihimpit kemelesetan ekonomi menjadi mangsa kemelut ini.

Istana Terengganu sebelum ini telah menarik semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Razif.

Ahmad pula dalam sidang Dewan Undangan Negeri yang lalu telah mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Razif namun usul itu ditolak oleh Speaker Dewan.

Sumber yang rapat dengan politik Terengganu pula memaklumkan, Ahmad mempunyai sekurang-kurangnya dua penyokong kepada usul beliau itu, satu angka yang cukup untuk menyebabkan Razif adalah ketua kepada kerajaan minoriti.

BN mempunyai 17 Adun dalam DUN Terengganu manakala PAS 14 dan PKR (1). Jika Ahmad ada tiga Adun bermakna, BN tingga 14 Adun sahaja berbanding PAS + PKR + Bebas 18 Adun.

Namun begitu PAS tidak menyokong usaha untuk menjatuhkan kerajaan negeri BN itu.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa