Friday, May 6, 2016

Sarawak mengintai mangsa.........

Pasukan Khas Dihantar Cari Helikopter Hilang - TPM
mStar - Diterbitkan: Khamis, 5 Mei 2016 11:34 PM
KUCHING: Pasukan khas diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah dihantar bagi menyiasat dan mencari sebuah helikopter dipercayai hilang di kawasan Sebuyau petang Khamis.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata laporan awal yang diperoleh mendapati, helikopter itu sepatutnya terbang pada pukul 4.15 petang dan sampai pada pukul 5 petang, tetapi kini telah terputus hubungan.

"Dipercayai ia berada di Sebuyau berhampiran kawasan laut paya. Polis dan Pasukan Gerakan Am bersama Polis Marin telah dikerah untuk menyiasat.

"Mereka berada di sana dan harap kumpulkan dan peroleh maklumat yang diperlukan untuk tentukan bahawa kelima-lima penumpang berada dalam keadaan selamat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis Perhimpunan Usahawan Tani Bimbingan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di sini malam Khamis. 

Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Timbalannya Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, Menteri Perumahan dan Pelancongan Sarawak Datuk Amar Abang Abdul Rahman Johari Abang Openg dan Pengerusi FAMA Tan Sri Badruddin Amiruldin.

Senarai Penumpang Helikopter Hilang

Datuk Noriah Kasnon

BERIKUT adalah senarai penumpang yang berada di dalam helikopter yang dilaporkan hilang di Sarawak:

1. Kapten Rudolf Rex Ragas

2. Datuk Noriah Kasnon (Timbalan Menteri Perusahaan Perladagan dan Komoditi) 

3. Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad (Ahli Parlimen Kuala Kangsar)

4. Asmuni Abdullah (Suami Noriah Kasnon)

5. Datuk Dr Sundaran Ann Amalai (Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi)

6. Ahmad Sobri (Pengawal peribadi kepada Noriah Kasnon)

Jabatan Bomba dan Penyelamat Nafi Helikopter Selamat Mendarat
Diterbitkan: Khamis, 5 Mei 2016 11:10 PM

KUCHING: Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak, Nor Hisham Mohammad menafikan khabar angin bahawa helikopter yang dilaporkan hilang telah selamat melakukan pendaratan kecemasan.

"Buat masa ini ia (helikopter) diklasifikasikan hilang kerana masih tidak dapat dikesan.

"Jabatan Bomba dan Penyelamat pastinya tidak menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) mengenai helikopter itu melakukan pendaratan kecemasan," katanya.

Hisham berkata helikopter berkenaan bertolak dari Betong ke Kuching pada 4.15 petang Khamis.

Pasukan penyelamat sedang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di tiga lokasi iaitu Maludam, Sebuyau dan Lingga yang masing-masing terletak antara Betong, Samarahan dan Sri Aman.

Enam individu termasuk seorang timbalan menteri dan Ahli Parlimen dipercayai berada dalam helikopter yang dilaporkan hilang di Sarawak.

Mereka yang dikatakan berada dalam helikopter itu ialah Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan suaminya, Asmuni Abdullah.

Turut sama ialah Ahli Parlimen Kuala Kangsar yang juga Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Dr Sundaran Annamalai, pengawal peribadi kepada Noriah, Ahmad Sobri Harun dan juruterbang RP-C 6828 Kapten Rudolf Rex Ragas.

1 comment:

  1. Tak pe anak2 cukup makan...rakyat marhaen yg kene sinpati...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa