Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, May 6, 2016

Serpihan helikopter ditemui

LAPOR LANGSUNG Serpihan helikopter ditemui sebelah Sungai Batang Lupar
LAPOR LANGSUNG: Serpihan helikopter ditemui sebelah Sungai Batang Lupar

Sebuah helikopter dipercayai membawa orang kenamaan dalam penerbangan dari Betong ke sini dilaporkan hilang petang Khamis.
Pasukan SAR temui serpihan helikopter

Pasukan SAR telah menemui serpihan daripada helikopter AS350 yang hilang bersebelahan Sungai Batang Lupar pada jam 9.50 pagi Jumaat.

Perkara tersebut disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu sidang media di Kuching.Antara serpihan itu adalah dari bahagian pintu dan dinding pesawat.

Tambah Najib, aset akan dikerahkan untuk meneruskan proses mencari dan menyelamat (SAR) di sekitar kawasan berkenaan.

Operasi SAR helikopter hilang di Batang Lupar

Menurut Ketua Operasi yang juga Penguasa Kanan Bomba Zon Samarahan, Azman Julaihi, dengan radius pencarian sepanjang 10 kilometer, gerakan mencari tertumpu di sekitar kawasan pantai dan muara Batang Lupar sehingga ke kawasan Linggi.

Jelasnya, disebabkan kedudukan sebenar helikopter masih tidak diperoleh, pasukan bomba dan penyelamat akan melakukan pencarian di seluruh kawasan berpotensi.

Misi SAR diteruskan pada jam 6 pagi

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) secara menyeluruh helikopter RPC 6828 di kawasan Sebuyau yang dilapor hilang petang Khamis telah bermula jam 6 pagi tadi.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman berkata operasi awal SAR telah dimulakan sejak Khamis malam.

Muhammad Sabtu juga menjelaskan PDRM akan bekerjasama dengan semua pihak dalam operasi tersebut.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa