Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, May 6, 2016

Ucapan Takziah Dato' Husam Musa

Ucapan Takziah Dato' Husam Musa, namun kebenaran lebih aku cintai

1)  Kita merakamkan takziah kepada beliau atas pemecatan tersebut. Meminjam kata filasuf Aristotle kepada gurunya, ujarnya, 'aku mencintai Plato, namun kebenaran lebih aku cintai'. Kelihatan beliau masih sayang kepada partinya, tapi dalam masa sama, kelihatan prinsip dan kebenaran  lebih dicintainya. Kita bukanlah berniat mencampuri urusan orang lain. Namun dalam konteks demokrasi politik, tidak salah jika melontarkan pandangan.                      
2.  Dalam proses mencapai keadilan dalam menghukum, sepatutnya hujah dan alasan yang tertuduh patut didengari dengan saksama. Hujah sepatutnya dibalas dengan hujah. Inilah yang saya semat dan faham apabila berbicara soal mecapai keadilan dalam Islam. Namun, sangat malang dan sadis buat sebuah parti politik yang meletakkan Islam sebagai dasar membuat tindakan yang cukup bertentangan sama sekali. Bukan sahaja berkaitan dengan kes pemecatan DHM, bahkan beberapa lagi siri-siri kes yang lain sebelum ini. Oleh sebab itu, saya langsung tidak terkejut dengan keputusan pada hari ini.

3) Mungkin itulah nasib buat mereka yang selalu berfikir dan bercakap tentang nasib rakyat bawahan, tentang salahlaku dan kepincangan, tentang penipuan dan penyelewengan. Semuanya akan dibuang sepertimana yang berlaku pada Tan Sri Muhyiddin dan rakan-rakan. Kes ini persis seperti Tan Sri Muhyiddin yang langsung dibuang tanpa melalui proses keadilan. Amalan kedua-dua parti ini kelihatan sama. Sungguh pelik politik begini.

4) Bagi kami Pemuda Amanah Kelantan, kami tetap terus setia dengan prinsip kebenaran dan keadilan untuk rakyat. Dan sesiapa sahaja yang turut berpegang dengan prinsip ini, kami akan tetap bersama.

5) DHM merupakan orang yang berprinsip serta banyak pengalaman dalam politik. Beliau lebih tahu apa yang patut untuk dilakukan selepas ini. Tak perlu untuk kami mencadangkan itu dan ini. Bagi kami, semoga Dato terus tabah dalam mengharungi cabaran perjuangan ini.

6)Buat Parti Islam Se-Malaysia (PAS), selamat maju jaya sebagai "penasihat senyap" kepada parti yang dikenali selalu menindas rakyat.

Hazmi Hassan
Ketua Pemuda Amanah Kelantan
28 Rejab 1437
6 Mei 2016

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa