Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, November 5, 2016

Alfatihah: Isteri Jalaluddin Hasan Meninggal

Isteri Jalaluddin Hasan Meninggal Usia 64 Tahun
Published on Nov 5, 2016 
TAKZIAH diucapkan kepada pelakon terkenal, Datuk Jalaluddin Hassan atas pemergian isteri tercinta, Datin Hashimah Aksan, 64, yang telah kembali ke rahmatullah kira-kira 3 pagi tadi.

Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhirnya Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur akibat komplikasi pembedahan jantung.

Berita sedih ini turut disahkan oleh Jalaluddin sendiri.

“Pembedahan yang dilakukan berjaya untuk membuka kembali saluran jantung. Namun, isteri mempunyai penyakit kencing manis dan masalah paru-paru memaksa doktor untuk mengawalnya ketika pembedahan.

“Saya dimaklumkan berlaku komplikasi selepas pembedahan dan doktor mengesahkan isteri saya meninggal dunia kira-kira jam 3 pagi tadi,” katanya kepada BH Online.

Jenazah Allahyarhamah akan dikebumikan selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat.

Allahyarhamah mempunyai lapan cahaya mata dan 14 cucu. – MYNEWSHUB.CC

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa