Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, November 11, 2016

Apeke bende pulak nih: Dua keluarga bekas pegawai masjid diusir

Setelah dua dekad, dua keluarga bekas pegawai masjid diusir
10 November 2016 | MALAYSIA DATELINE
Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Subang.

Setelah lebih dua dekad menabur khidmat, dua keluarga bekas pegawai masjid yang mendiami rumah di perkarangan Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang bakal diusir keluar daripada rumah masing-masing.

Tindakan itu dibuat Malaysian Airports Holdings Berhad (MAHB) atas dakwaan mereka menduduki tanah itu secara tidak sah dan tanpa kebenaran.

Notis pengosongan tapak rumah dua keluarga terbabit bertarikh 9 November 2016 telah dikeluarkan Pejabat Tanah dan Galian (PTG).

Mereka diarah mengosongkan rumah dalam tempoh 14 hari sebelum dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembangunan komersial.

"Jasa dan khidmat para pegawai masjid selama lebih 20 tahun langsung tidak dikenang, malah dihalau begitu sahaja dari Masjid LTSAAS, Subang," ujar anak salah seorang bekas pegawai masjid itu, Muhammad Abu Zarrin Abdul Razak.

Sehubungan itu, keluarga yang terlibat akan mengadakan suatu sidang akhbar untuk membongkar penganiyaan terhadap mereka pada esok, 11 November 2016, jam 2 petang bertempat di Restoran Sup Gadai Nyawa di perkarangan Masjid LTSAAS.

"Kami memohon pihak media untuk bantu kami memberikan liputan isu ini," kata Abu Zarrin yang boleh dihubungi di nombor telefon 010 297 9707.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa