Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, November 7, 2016

'bapa ayam', 'ular': Mungkin betul tapi memang kurang sopan!

Wakil DAP tarik balik kenyataan samakan Dr M 'bapa ayam', 'ular'
mk  -  6 Nov 2016, 11:29 malam
Seorang perwakilan DAP di konvensyen parti itu menyamakan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai "bapa ayam" dan "ular", tetapi kemudiannya menarik balik kenyataannya selepas didesak Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Menurut The Star, perwakilan dari Taman Chai Leng Shamsher Singh Thind berkata Mahathir mengingatkan beliau kepada perumpaan seekor ular yang menggigit.

"Kenyataan bodoh yang saya telah dengar (mengenai Dr Mahathir) adalah 'musuh kepada musuh saya adalah kawan saya'.

"Mahathir bukan musuh kepada musuh saya. Dia adalah musuh saya," katanya.

Beliau bertanya kepada pemimpin parti yang berjabat tangan dengan Mahathir jika mereka berasa terhina dan mendakwa Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu mesra dengan pembangkang kerana bimbang pendedahan terhadapnya.

"Ia seperti mahu menyelamatkan pelacur, tetapi dia adalah bapa ayam yang menukarkan wanita itu menjadi pelacur," Shamsher dilaporkan berkata.

Lim menggesa Shamsher menarik balik kenyataan merujuk kepada bekas perdana menteri itu sebagai ular dan bapa ayam kerana ia tidak sopan.

"Janganlah kita turun ke tahap itu ..Jadikan ini seperti dewan kuliah dan anda adalah pensyarah," Lim dilaporkan berkata.

Dalam satu kenyataan kemudian, Shamsher berkata beliau telah menarik balik perkataan "bapa ayam" dan "ular" kerana menghormati Lim.

Bagaimanapun, beliau menegaskan arahan untuk menarik balik itu sepatutnya datang daripada speaker persidangan itu dan bukan setiausaha agung.

* Pada aku sebenarnya LGE juga terpukul dengan kenyataan itu kerana Lim juga berjabat tangan dengan Mahathir!

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa