Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, November 12, 2016

Baru ada nampak ketegasan sikit, tapi adakah parti-parti komponen setuju?

Rafizi ingin bawa usul rundingan kerusi PRU14 ke Majlis Presiden Pakatan Harapan 
Hafiz Marzukhi dan Nuradilla NoorazamAstro Awani |  November 12, 2016 16:06 MYT

Rafizi ingin bawa usul rundingan kerusi PRU14 ke Majlis Presiden Pakatan Harapan
Rafizi juga mencadangkan supaya penggunaan satu logo bagi parti-parti komponen Pakatan Harapan wajar dibincangkan untuk mencapai keputusan muktamad. - Gambar fail
SHAH ALAM: Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli ingin membawa usul ke Majlis Presiden Pakatan Harapan agar parti-parti komponen memulakan rundingan kerusi untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). 

Selain itu, beliau juga meminta agar satu 'tarikh tamat' ditetapkan supaya rundingan kerusi antara parti dapat dimuktamadkan.


"Saya ingin mendapatkan mandat daripada semua di Konvensyen untuk membawa usul ini untuk dibincangkan di peringkat Majlis Presiden Pakatan Harapan," kata Rafizi.


Selain itu, beliau juga mencadangkan supaya penggunaan satu logo bagi parti-parti komponen Pakatan Harapan wajar dibincangkan untuk mencapai keputusan muktamad.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Konvensyen Pakatan Harapan di IDEAL Convention Centre di sini pada Sabtu.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa