Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, November 12, 2016

Bersatu akan sertai PH - Mahathir. Dan cari mekanisme untuk satu lawan satu - DAP

Bersatu akan sertai Pakatan Harapan, kata Tun M
12 November 2016 | WARTAWAN MALAYSIA DATELINE
Pimpinan utama Pakatan Harapan di Konvensyen Pakatan Harapan hari ini

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr. Mahathir Mohamad melahirkan rasa gembira menyertai Konvensyen Pakatan Harapan hari ini dan berjani parti beliau akan menjadi sebahagian dari Pakatan Harapan tidak lama lagi.
"Saya sangat gembira dapat hadir dalam perjunpaan ini. Tidak lama lagi Bersatu akan jadi sebahagian daripada PH," kata Tun Mahathir dalam Konvensyen Pertama Pakatan Harapan di Shah Alam hari ini.
Tun Dr Mahathir Mohamad berucap di Konvensyen Pakatan Harapan hari iniTun Dr Mahathir Mohamad berucap di Konvensyen Pakatan Harapan hari iniBeliau berjanji akan menyelesaikan isu berkaitan menandatangani dokumen Pakatan Harapan sebagaimana yang sepatutnya berlangsung hari ini.
Beliau berkata, tiada apa yang tidak dipersetujui dalam draf pendirian bersama Pakatan Harapan.
"Hari ini jelas kita bersatu. Baju oren ada, biru ada, merah pun ada. Saya berdoa kita berpegang kepada pendirian tegas terhadap keperluan menyingkirkan (Datuk Seri) Najib (Razak).
"Percayalah saya akan selesaikan sedikit sebanyak masalah isu menandatangani dokumen Pakatan Harapan," katanya ketika berucap di Konvensyen Pakatan Harapan di Shah Alam hari ini.
Semalam, The Star melaporkan PPBM dijangka menandatangani perjanjian bersama Pakatan, tetapi rancangan itu dibatalkan selepas Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa berkata untuk menimbangkan perkara itu dahulu.
Mahathir mengulangi gesaan agar Pakatan Harapan bertanding sebagai satu parti.
"Kita perlu guna satu logo hilangkan identiti parti masing-masing untuk pilihan raya sahajalah, pakai satu simbol," katanya.

Mesti cari mekanisme untuk satu lawan satu
 | ARIF ATAN

M KulasegaranM KulasegaranSelepas timbalan presiden Amanah Salahuddin Ayub membuka tirai Konvensyen Pakatan Harapan hari ini dengan menyampaikan mesej agar jangan keliru dengan musuh di tengah jalan, naib pengerusi DAP Kebangsaan M. Kulasegaran pula menegaskan tentang pentingnya satu lawan satu dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Beliau berkata, walaupun mustahil untuk Pakatan Harapan bersama-sama dengan parti pembangkang yang lain namun mereka mesti mencari mekanisme untuk merealisasikan matlamat itu.
"Ramai bekas menteri, menteri dalam Pakatan Harapan. Apa lagi mahu? Kita (Pakatan Harapan) satu yang tiada? Korupsi.
"Bagaimanapun pada PRU akan datang, mesti berlaku satu lawan satu. Saya tahu perkara yang sangat mustahil adalah bagaimana kita bersama parti-parti pembangkang lain.
"Kita selesaikan perkara dalaman. Kita perlu satu mekanisme untuk selesaikan," katanya.
Beliau mencadangkan semua ahli parlimen Pakatan Harapan turun melaksanakan kerja pilihan raya khususnya di kawasan luar bandar.
"Saya berpendapat ahli-ahli parlimen Pakatan Harapan patut keluar membantu, terlibat cari jalan untuk menang kerusi ditandingi pada PRU akan datang walaupun SPR ubah persempadanan semula.
"Apa susah untuk kita dapat undi di luar bandar? Kalau kita menggunakan adun, ahli parlimen supaya turun ke luar bandar, saya percaya kita boleh ubah," katanya.
Konvensyen yang berlangsung di Ideal Convensyen Centre (IDCC), Shah Alam ini dijangka bakal mempersiapkan PH dan rakan-rakannya untuk mengemaskan jentera mereka bagi menghadapi PRU akan datang.
Pagi ini, para setiausaha dan sayap-sayap kepada parti-parti PKR, DAP dan Amanah akan bersidang bersama manakala para pemimpin utama mereka akan bersidang petang ini.
Di samping ucapan pemimpin sayap, isu-isu juga akan dibahaskan pagi ini sebelum dibawa ke sidang para pemimpin utama petang ini.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa